Aku ke Alamanda untuk mencari buku yang berkaitan dengan pendidikan moral... mulanya aku ingat nak pergi ke Midvalley je, tapi kawan aku ajak ke Alamanda...dia kata, dekat Alamanda pun ada juga kedai buku MPH...lagipun lagilah dekat dengan UPM ni..
Aku pun setuju la pergi ke Alamanda...pusing punya pusing tak jumpa kedai buku tersebut..aku ingatkan dia dah tahu letaknya dekat mana...rupa-rupanya dia pun tak berapa nak ingat sangat, tapi dia memang yakin bahawa kedai tersebut ada..
Dalam setengah jam juga la mencari kedai tersebut...tanya pekerja dekat situ pun diorang tak pasti juga..pelik bila aku fikirkan...aku tengok dalam peta memang ada, jadi aku cuba naik lif dan tekan di bahagian dia..keluar lif je, dah terpampang kat depan aku MPH....
Jadi dapatlah aku beli buku cerita tentang kanak-kanak dan juga buku karya Nik Rosila Nik Yaacob tajuknya Pendidikan Kerohanian dan Moral Prasekolah....
Buku ni, merupakan panduan kepada para guru, pengasuh dan juga ibubapa dalam proses mendidik kanak-kanak supaya menjadi insan beradab dan berpendidikan. Ia sebenarnya untuk tugasan aku dalam kuliah Kesusasteraan kanak-kanak dan Remaja bagi semester ini...
Oleh itu, lain kali kalau pergi Alamanda kena tengok-tengok juga kawasan lain.....Ini tidak, asyik tengok tempat baju,kasut je...hehe
0 comments:
Post a Comment