Showing posts with label Zon Umum. Show all posts
Showing posts with label Zon Umum. Show all posts

Friday, April 15, 2011

BERSAWANG & BERHABUK

Halu Semua....




Dah lama Cik Ekin tak menjenguk dunia blog ni dah bersawang, berhabuk dah kan...buka pun tak tahu pulak nak tulis tentang apa, mungkin otak dah tepu kot dengan projek tahun akhir. Biasalah bila dah last2 baru nak buat, beginilah jadinya kan..

Dengar je ayat last tu ada rasa sedih pulak dalam hati ni..huhu..pejam celik, pejam celik, pejam tak celik2..dah 3 tahun bertapa kat upm ni, macam2 benda dah alami, yang pahit, yang masam, yang kelat, yang manis..semua dah redah..tinggal nak angkat kaki je lagi meninggalkan bumi upm yang tercinta ni..sedihnyer...

Mampukan diriku berdepan dengan dunia luar? alam pekerjaan atau sambung belajar?.. pikir punya pikir apakata terus kahwin je..haha...banyak cantek "ayat umi Cik Ekin la tu" bagi duit kat umi dulu, rumah banglo sebiji, kereta sebiji dengan pemandu-pemandu sekali, baru boleh kahwin tau..jangan lah percaya, tipu je tu..tak terkahwin la maknanya anak umi sorang ni kalau minta macam tu..sampai tua pun belum tentu lagi dapat kot..kuang3..

Jadi sebelum anda2 semua yang sedang mengalami nasib yang sama dengan Cik Ekin ni pikir2 kanlah macam mana bila dah keluar nanti...nak bertunang ke? nak kahwin ke? nak kerja ke? atau nak tanam anggur kat belakang rumah ke? hehe..rasanya yang last tu Cik Ekin nak lah..kot2 la nanti jadi petani yang berjaya..:))






Friday, November 12, 2010

REHAT


Disebabkan exam yang berturut2, jadi blog Cik Ekin ni kena rehatkan sekejap..tension dengan jadual exam macam ni..sangat tak suka. Tapi nasib baiklah Cik Ekin dah buat nota ringkas 2,3 hari sebelum bermulanya exam...

Cik Ekin rasa semua exam sangat mencabar kerana semuanya subjek mengingat..teori yang paling susah untuk ingat walaupun tiap-tiap semester belajar teori..tapi masih lagi lupa..

Harap-harap Cik Ekin dapat result yang baik sebab dah ada yang nak belanja pizza kalau dapat 3.5 ke atas..boleh ke? huhuk...