Wednesday, August 25, 2010

1001 ALASAN

Tadi aku ke pejabat Zakat....sebelum tu aku dan Cik Ety dah pergi dan kakak yang banyak cekadak (bukan badak ) tu cakap sebelum ambil borang zakat kena bawa salinan itu,ini,itu,ini...dan ada pengesahan pengetua..

Aku pun buat la semua tu dan bawa ke pejabat zakat tersebut hari ni.....aku ingat kakak tu dah tak de, rupa-rupanya masih ada lagi... aku pun cakap la, nak minta borang tersebut..semua salinan yang dia minta haritu aku dah sediakan.. tapi lain pula jadinya..

Ada ke dia cakap dah tak boleh ambil borang sebab zakat tengah proses..dia suruh aku ambil bulan depan pula.. dia cakap macam ni: Adik ambil la bulan depan, nanti PTPTN adik dah tinggal RM200 adik datang la minta..(aku rasa geram sangat..kenapa tak cakap nanti adik mati je....sori..terkasar suda..)

Aku pun cakap la dekat kakak tu, tak boleh ke kalau saya nak isi borang je, kalau saya tak dapat tu mungkin bukan rezeki saya...kakak tu cakap..tak boleh dik..tak boleh... dalam setengah jam juga la aku berpidato bersama kakak tu...ish3..susah sangat-sangat..tu baru nak minta borang zakat..

Cuba fikir kalau orang yang dah terdesak dan tak berani untuk datang lagi bila kakak tu cakap macam tu.. Tak salah kalau ingin mencuba..mana la tahu kalau ada rezeki, dapat menampung perbelanjaan aku kat sini..

1001 alasan kakak tu tak nak bagi borang kat aku...aku tepis juga dan berjaya jugak aku dapatkan.....kalau tak isi borang tersebut macam mana kakak tu nak tahu siapa yang patut dan siapa yang tak patut..

Selalunya melalui borang tersebut la semua pengenalan dan perihal keluarga dapat diketahui samada layak atau tidak...tak guna kalau war-warkan bahawa sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan boleh minta kat pejabat zakat kalau orang yang datang di layan sebegitu rupa..

banyak lagi sebenarnya apa yang diperkatakan oleh kakak tersebut..tapi biarlah sikit saja yang aku ceritakan...


....Akhir sekali fikir-fikirkanlah..aku dari balai berita TV10 melaporkan ketidakpuasan hati ini....

3 comments:

Cik Anita

hahaha. i dah belanja u coklat! ;D

Anonymous

i juga da blanja u jus tembikai..

ekin

Terima kasih ye sebab kamu semua dah belanja saya..cayang korang..:)

Post a Comment