Tuesday, August 31, 2010

WAYANG 2

Tak jadi pergi tengok wayang..petang tadi hujan..
Jadi aku apa lagi..terus tidur...
Bangun-bangun je dah pukul 5 lebih..hehe
Tak pe lah, lain kali pun boleh pergi kan...
Sedih juga la tak dapat pergi...
Esok 31 Ogos....Plan cari baju raya pulak...
Mesti ramai sangat-sangat orang ni...maklumlah hari cuti..
Tak sabar dah nak beli baju raya...

Monday, August 30, 2010

WAYANG

Petang ni ingat nak pergi tengok wayang dengan Cik Abang..tapi rasa malas la pulak..rasa mengantuk sebab semalam tidur lambat..kalau nak tengok wayang cerita apa yang best sekarang ni..


Adakah saya akan tengok wayang? nantikan post yang seterusnya....
( Buat2 suspen..padahal tak ada yang kisah pun...he )

SIGNATURE

Ini adalah signature terbaruku..
yang dulu tu tak berapa sesuai..
Jadi terpaksala aku menukarkannya...


CIK ANA

Ni kawan aku, rumet Cik Ety...Tapi aku jarang cerita pasal dia sebab kami berlainan kos dan jarang ada kelas yang sama hanya kelas Bahasa Dalam Multimedia je... Cik Ana ambil Bachelor Linguistik, aku dan Cik Ety pula, Bachelor Sastera...

Kami akan berjumpa dalam kolej je sekarang ni, sebab sekarang kelas kami dah tak sama macam dulu..kalau tidak memang kami akan pergi kelas, berambu (jalan-jalan) sama-sama.

Kami bertiga ni memang berkawan rapat sejak awal semester lagi... Selalunya aku akan melepak kat bilik diorang la..Cik Ana ni kawan untuk aku bergosip..tak henti-henti la bercakap bila ada gosip PANAZZ..hehe...



Tapi buat masa sekarang ni Cik Ana tengah sakit... jadi tak boleh bergosip banyak2.. Doakan semoga dia cepat sembuh.....Amin...


CUTI SEMESTER + RAYA

Cuti semester digabungkan sekali dengan cuti raya, jadi dua minggu la aku dapat bercuti kat kampung...Dah tak sabar-sabar dah nak balik beraya..maklumlah kampung aku ni jauh..

Bila cuti macam ni la aku dapat balik..kalau tak susah la aku nak balik..tapi ada je kawan-kawanku yang balik walaupun cuti 2,3 hari...

Kalau aku, tak larat nak berulang alik, kalau cuti 2,3hari, macam sehari je dapat duduk kat rumah, aku rasa duduk dalam bas lebih lama dengan aku tinggal kat rumah....jadi baik aku tinggal kat sini sudah..Cuti panjang baru balik...

Friday, August 27, 2010

LAGU

Layan lagu sedih..
sambil merembeskan titis-titis mutiara..
.
.
.

( sudah2 la tu melayan perasaan...dussh2..ok sudah.. )

SEDIH..

Sedih dengan sikap sesetengah manusia ni..
Rasa macam tak nak kawan dengan semua orang...
Baik aku sorang2..
Baru tak ada yang akan sakit hati dan aku tak akan menyakiti hati orang lain...
Hati yang aku sayangi..
Hati yang aku puja..
Hati yang aku sanjung..
Tapi bagaimana dengan hati ini?
Adakah mereka semuanya memahami dan menyanjung seperti aku?
Aku selalu menjaga perasaan mereka..
Aku rela keseorangan..
Aku rela di tinggalkan untuk memberi ruang kepada mereka..
Aku rela membiarkan mereka bersama..
Kerana aku tahu perasaan itu..
Aku rela berkorban untuk kepentingan mereka..
Tapi pengorbanan ku ini di salah tafsirkan
Hanya kerana......benda itu...
Hanya kerana satu kesalahan..
Diriku di perlakukan sebegini rupa..
Aku hanya ingin mengembirakanmu...
Jika hadirnya diri ini menyusahkan hidupmu..
Biarlah diriku pergi menjauh demi kebahagiaan hidupmu..

( mood sedih )
luahan perasaan bila diri ini tidak diperlukan lagi...

Wednesday, August 25, 2010

MARKAH

Kalau nak tengok markah Keterampilan Berbahasa kena pergi jumpa pensyarahnya sebab Pn. Azlina nak mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut pelajar-pelajarnya.

Aku dan kawan-kawanku iaitu Azie, Ety, Ridhwan dan Razali masuk ke bilik Pn Azlina. Tapi hanya markah aku dan Cik Ety yang dah ada, markah Razali, Ridhwan dan Azie, belum ada lagi..

Walaupun dalam keadaan yang entah apa-apa masa menjawab exam...nak buat macam mana, bila tengok soalan je terus otak aku jadi kosong..aku tengok semua orang terpinga-pinga dan macam terkontang-kanting je...tak tahu apa-apa...

aku pun mengalami masalah yang sama walaupun study bagai nak pecah ingat teori... Tahniah aku nak ucapkan pada Cik Ety...walaupun kita sama-sama pening..tapi kau berjaya mengatasinya..Terbaik Ety!!! ( membodek )



.........jangan lupa belanja saya bila dah kena puji.....hehe..

1001 ALASAN

Tadi aku ke pejabat Zakat....sebelum tu aku dan Cik Ety dah pergi dan kakak yang banyak cekadak (bukan badak ) tu cakap sebelum ambil borang zakat kena bawa salinan itu,ini,itu,ini...dan ada pengesahan pengetua..

Aku pun buat la semua tu dan bawa ke pejabat zakat tersebut hari ni.....aku ingat kakak tu dah tak de, rupa-rupanya masih ada lagi... aku pun cakap la, nak minta borang tersebut..semua salinan yang dia minta haritu aku dah sediakan.. tapi lain pula jadinya..

Ada ke dia cakap dah tak boleh ambil borang sebab zakat tengah proses..dia suruh aku ambil bulan depan pula.. dia cakap macam ni: Adik ambil la bulan depan, nanti PTPTN adik dah tinggal RM200 adik datang la minta..(aku rasa geram sangat..kenapa tak cakap nanti adik mati je....sori..terkasar suda..)

Aku pun cakap la dekat kakak tu, tak boleh ke kalau saya nak isi borang je, kalau saya tak dapat tu mungkin bukan rezeki saya...kakak tu cakap..tak boleh dik..tak boleh... dalam setengah jam juga la aku berpidato bersama kakak tu...ish3..susah sangat-sangat..tu baru nak minta borang zakat..

Cuba fikir kalau orang yang dah terdesak dan tak berani untuk datang lagi bila kakak tu cakap macam tu.. Tak salah kalau ingin mencuba..mana la tahu kalau ada rezeki, dapat menampung perbelanjaan aku kat sini..

1001 alasan kakak tu tak nak bagi borang kat aku...aku tepis juga dan berjaya jugak aku dapatkan.....kalau tak isi borang tersebut macam mana kakak tu nak tahu siapa yang patut dan siapa yang tak patut..

Selalunya melalui borang tersebut la semua pengenalan dan perihal keluarga dapat diketahui samada layak atau tidak...tak guna kalau war-warkan bahawa sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan boleh minta kat pejabat zakat kalau orang yang datang di layan sebegitu rupa..

banyak lagi sebenarnya apa yang diperkatakan oleh kakak tersebut..tapi biarlah sikit saja yang aku ceritakan...


....Akhir sekali fikir-fikirkanlah..aku dari balai berita TV10 melaporkan ketidakpuasan hati ini....

Monday, August 23, 2010

HOORAYY.. BERJAYA

Selepas berjaya siapkan proposal untuk di hantar esok..rasa lega tak terkata..fuhhs.. Sekarang ana (bahasa arab) boleh tidur dengan lena..lena..dan lena...

Selamat malam semua..zzzz......

Sunday, August 22, 2010

TENANG..

Mulakan pagi ini dengan hati yang tenang.. kalau tak tenang pun kena buat-buat tenang jugak tau..

Mungkin itu adalah satu petua bagi insan yang bernama Nurul Ashikin Binti Mohd Saari ni..hehe

Kalau ingin memulakan kerja tapi hati berserabut..macam mana nak dapatkan hasil yang terbaik kan...Mungkinkah aku harus ke Bukit Ekspo untuk mendapatkan ketenangan itu?

oh..tidak..kat bilik sudah.. my roomate telah pergi meninggalkan aku kesEorangan..
(ada kelas ganti katanya ) hati-hati tau..sebab kamu belum sihat lagi...


Sekarang saya mahu mulakan pagi ni dengan senyuman...senyum.........
( walaupun susah )

Saturday, August 21, 2010

PERPUSTAKAAN

Hari ini perjalanan ceriteraku bersambung lagi..dah lama aku tak post sesuatu kat blog ni..kesian blog aku..hehe..Selepas kelas amali Kesusasteraan dalam Multimedia...aku ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad bersama Cik Ety...

Bila dah terdesak ni baru la aku terhengeh-hengeh mencari bahan untuk projek aku..kawan-kawan, jangan ikut peragai macam aku ni tau, kena cari bahan awal-awal barulah tak terkapai-kapai macam orang kelemasan je macam aku ni...

Cari punya la cari bahan...tapi tak berapa nak ada..aku memang dah tahu kat pustaka ni susah sangat nak jumpa bahan terutamanya dalam bidang kesusasteraan macam ni...

Kalau nak cari bahan kena la pergi Perpustakaan Negara, Perpustakaan UKM, Dewan Bahasa dan Pustaka atau tempat-tempat lain...Tapi Cik Ety kita ni dapat banyak la pulak bahannya tu..

Hebat Cik Ety ni kan..hehe..Jangan lupa habiskan buku yang tebal tu ye..cari punya la cari dapat juga la bahan-bahannya...Jom Cik Ety kita balik...Dah nak berbuka ni....


( Ety cakap: aku dah tunggu kau ni..cepat ekin....he)




Ok Ety.......aku datang sekarang.........................

BUNGA


Aku suka sangat dengan bunga-bungaan...Masa tinggal kat kampung dulu rumahku di penuhi banyak bunga dah macam taman bunga aku tengok. Macam-macam jenis ada seperti bunga kertas, seri pagi, ros, matahari dan banyak lagi.

Itu semua hasil kerja ibuku..dia memang suka bab-bab bunga ni....jadi anak-anaknya pula kena la bertugas tiap-tiap petang untuk menyiram pokok bunga tersebut..depan rumah sampai la kat belakang rumah kena siram..

Tapi itu masa dulu, sekarang keluargaku telah berpindah ke rumah baru di Taman Puteri Lagenda..kat sini pun ibuku masih lagi tanam bunga tapi tak la semeriah masa kat kampung dulu..sangat merindui bunga-bunga itu...

Saturday, August 14, 2010

RAMADAN AL-MUBARAK

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk diri ini mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam...Kedatangan bulan puasa ni merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam.

Ia digelar sebagai madrasah tarbiyah buat umat islam dan merupakan ganjaran yang hebat dan terbesar sepanjang tahun yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Bulan Ramadhan juga memahatkan seribu satu nostalgia kemenangan umat islam di zaman dahulu yang kini menjadi motivasi buat mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.

Dalam sedar atau tidak, sudah 5 hari umat islam menunaikan ibadat puasa.. Oleh itu, di bulan yang mulia ini, diharapkan kita dapat memperbanyakkan amalan kepada Allah dan tidak mensia-siakan kelebihan yang diberikan pada bulan ini.



Friday, August 13, 2010

HAMPA

Baru je nak tulis sesuatu tadi..
Tiba-tiba internet terputus...huhu
Habis hilang apa yang nak ditulis..
Tunggulah esok ye..




Tuesday, August 10, 2010

WIRELESS

Geram betul dengan wireless sekarang ni..
kata dah upgrade, tapi masih lembab macam siput
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Huh!!

PENANGAN LAICI KANG

Masuk hari ni, dah 3 hari perutku meragam...sakit hanya Tuhan je yang tahu..Dalam satu hari tu tak mampu aku kira berapa kali aku ke tandas... punyalah hebat penangan Laici Kang ni... ( masam or basi?)

Jadi disebabkan kesakitan yang tidak tertanggung lagi aku terpaksalah ke PK a.k.a Pusat Kesihatan UPM...dapat la satu hari MC..dan ubat yang berpaket2 untuk aku telan....Harap2 perutku kembali normal seperti biasa....



P/s Doktor: jangan makan makanan yang pedas, masam, banyak lagi la... tapi dah lupa pulak..he

BBK 3408 (KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA)

Mula-mula masuk kelas ni ingatkan pensyarahnya garang..muka Dr.masa tu punya la serius..siap bagi amaran lagi tak boleh pakai selipar dan mesti berkasut semasa dalam kelas Dr...

Tapi bila lama kelamaan belajar bersama dengan Dr. pandangan saya jadi berbeza berbanding dengan masa awal-awal kelas...bak kata pepatah " Tak Kenal Maka Tak Cinta". Tapi bila dah kenal tu punya la sempoi Dr. ni..tapi tugasan tu mesti kena buat yang terbaik.

Selain sempoi, Dr. ni memang kelakar la...muka nampak macam garang dan tegas tapi sebenarnya kelakar orangnya..macam mana tu?

Tapi yang paling saya sedih bila Dr. terpaksa menunggu kawan-kawan saya yang lambat sampai...dah la itu kelas yang terakhir kitorang bersama dengan Dr. tapi kami tinggalkan kenangan yang kurang baik untuk Dr...sedih..

Ingatkan Dr. akan marah teruk2 tapi rupanya kena bagi alasan je, dan Dr. boleh menerima alasan tersebut sedangkan Dr. lagilah banyak tanggungjawab dan sibuk orangnya, tetapi amat menepati masa...( tabik spring la dengan Dr. Normaliza ni..)

Monday, August 9, 2010

MAGGI

Oleh kerana aku tak dapat nak tidur, jadi terasa lapar la pulak...( sebab perut dah kosong) Jadi pukul 5.30 pagi aku makan maggi.. makanan yang di belikan pada malam tadi tu dah basi..

Pelik-pelik..makan maggi pagi-pagi buta, orang lain semuanya sedang dibuai mimpi indah (terutamanya si Ety dan Azie..)

.......sambungan cerita demam.......

DEMAM

Sebelum pergi kelas BBk 3408 memang aku dah rasa tak sedap badan..Betul apa yang aku jangkakan..aku dilanda demam..Balik je dari kelas aku terus tertidur. Bangun-bangun je dah petang..

Minta kawan tolong belikan makanan untuk diriku kerana badanku tak larat untuk berdiri terlalu lama..kepala pening sangat-sangat.. hal ini tak ada kaitan dengan kelas ni tau sebab kumpulan kami dah siapkan kerja buat video dan dokumentari awal (kalau tak percaya tengok la kat youtube bila kami post )...thanx tu Ety...we love u..

Makanan tu aku jamah sikit je dan aku makan ubat...dan tidur..bila terbangun je perutku pulak meragam... huhu... (aku memuntahkan semua makanan). Jadi malam tadi aku tak boleh nak tidur...pukul 6 pagi baru aku dapat tidur..

Saturday, August 7, 2010

SIGNATURE



Cantik tak signature aku..hehe..




Wednesday, August 4, 2010

AYAM

Rasa nak makan ayam goreng dekat McD la pulak..sedapnye... ayam dia banyak rempah bila makan tu terasa rempahnya...tapi bukan semua orang suka makan ayam yang banyak rempah ni....

Mungkin pandangan orang lain, yang original tu lagi sedap...tapi itu semua tidak menjadi masalah bagiku...Bak kata pepatah rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..apa yang penting dapat makan ayam..yum2

Pengumuman :
Kepada sesiapa yang sudi untuk belanja aku makan McD tu silalah tampilkan diri buat pengakuan ye...( garu2 kepala, ada ke...)

Monday, August 2, 2010

SIZZLING..

Sebenarnya aku pergi Mines tadi sebab nak makan Sizzling...kalau pergi kat sana memang tak sah la kalau aku tak makan benda tu...sangat sedap..aku suka makan cendawan dan kuahnya....tapi ada juga kedai sizzling yang kuah dia tak sedap cuma dekat mines je yang aku rasa sedap buat masa ni...

Masalahnya..bila dah ke petang dan hari minggu pulak tu...kue teow sizzling sudah habis...maka terpaksalah aku memilih menu yang lain mungkin bukan rezeki 'aku dan sizzling' kot...pilihanku adalah Nasi Goreng Kari Ayam...tapi boleh tahan, sedap jugak la...


.....lapar dah ni...makan duluuu...

SALT

Filem lakonan Angelina Jolie...boleh tahan juga la cerita dia banyak memaparkan aksi-aksi lasak....dah la si Angelina tu perempuan, macam tak masuk akal pun ada bila dia dapat kalahkan lelaki yang bukan calang-calang dalam cerita ni....

Sedih: Salt (Angelina) terpaksa membunuh untuk menyelamatkan suaminya yang dijadikan tawanan, tapi bila dia berjaya menyelesaikan tugas, suaminya dibunuh di depan matanya sendiri...

Tapi punya la ramai orang tadi, tempat duduk pun kira depan jugak la...sakit juga tengkuk dibuatnya duduk terdongak 2 jam kat situ..tapi yang tak bestnya.. bila part last tu...cerita dia tergantung....mungkin akan bersambung 'SALT 2' kot...



Kalau nak tahu lebih lanjut...tontonlah cerita ni..

MENCARI CINTA-NYA

Di sini
Siapa pun bisa sebak
Membawa segala keresahan cinta
Dan di sinilah..
Sesekali sendirian di tengah manusia, mencari
dalam segala kerendahan hati

Di sini
Sesekali ada yang resah
Menunggu dengan gelisah
Bagai pencari yang bimbang
Bagai musafir yang malang
Ruang luas tak mungkin terasa aman

Di sini
Aku kesepian
Aku dalam pencarian
Aku dalam kesetiaan
di lautan manusia, siapalah aku
MencariMu melaluiNya
Akukah itu di tengah manusia sebak dada
Kerana cinta padaNya

Di sini
Aku tak bisa lama
Sampai saat dan ketika senja menggulung jua
Lalu kubiarkan detik berputar
Masa beredar,tapi
Ketiadaan noktahnya

Ya Allah
Aku ini hambaMu
Rumah ini rumahMu
Kau mudahkanlah segala urusanku
Hanya nikmatMu jua dan hanya dengan redhaMu
Berilah aku aman di perutMu yang sejuk
Di marmar lembut hamparan permaidani
Merangkup segala duka bahagia
Untuk mengejar cinta dariMu
Moga akan mendapat syafaat
Di Syurga-Mu

Amin ya Rabbal alamin...

MINES

Hari ni aku ke Mines....nak berbuka puasa kat sana la pulak..tak kan lah asyik nak makan kat padang je, dah jenuh dah asyik tengok menu yang sama.Nak tunggu masa berbuka plak punya la lama sampai dah lenguh-lenguh kaki ni asyik pusing-pusing je....

Semua kedai aku masuk, tapi masuk tengok-tengok je la sebab nak cepatkan masa....beginilah nasib kalau lambat sangat nak ganti puasa...hehe...dah dekat nak puasa baru terkial-kial nak ganti...macam-macam la..

......Moral Cerita Ni......

Janganlah bila dah nak dekat puasa baru nak ganti...:))

PADANG

Kalau makan dekat Padang (Serdang ye bukan Indonesia) mesti aku akan order Nasi Goreng Ikan Masin.........Nasi Goreng Ikan Masin je....nasib baik la muka ni tak jadi masin...tapi manis je... ( perasan )

Tapi sekarang ni dah boleh ubah dah, aku order Nasi Goreng Sotong Kunyit pulak..tapi tak tahu la bila pulak menu ni akan berubah mungkin bila dah jemu tukar menu lain kot..lagi pun masakan tu je yang aku rasa sedap kat situ...

ALAMANDA

Aku ke Alamanda untuk mencari buku yang berkaitan dengan pendidikan moral... mulanya aku ingat nak pergi ke Midvalley je, tapi kawan aku ajak ke Alamanda...dia kata, dekat Alamanda pun ada juga kedai buku MPH...lagipun lagilah dekat dengan UPM ni..

Aku pun setuju la pergi ke Alamanda...pusing punya pusing tak jumpa kedai buku tersebut..aku ingatkan dia dah tahu letaknya dekat mana...rupa-rupanya dia pun tak berapa nak ingat sangat, tapi dia memang yakin bahawa kedai tersebut ada..

Dalam setengah jam juga la mencari kedai tersebut...tanya pekerja dekat situ pun diorang tak pasti juga..pelik bila aku fikirkan...aku tengok dalam peta memang ada, jadi aku cuba naik lif dan tekan di bahagian dia..keluar lif je, dah terpampang kat depan aku MPH....

Jadi dapatlah aku beli buku cerita tentang kanak-kanak dan juga buku karya Nik Rosila Nik Yaacob tajuknya Pendidikan Kerohanian dan Moral Prasekolah....

Buku ni, merupakan panduan kepada para guru, pengasuh dan juga ibubapa dalam proses mendidik kanak-kanak supaya menjadi insan beradab dan berpendidikan. Ia sebenarnya untuk tugasan aku dalam kuliah Kesusasteraan kanak-kanak dan Remaja bagi semester ini...

Oleh itu, lain kali kalau pergi Alamanda kena tengok-tengok juga kawasan lain.....Ini tidak, asyik tengok tempat baju,kasut je...hehe

BALQIS DAN DANIEL

Anak saudaraku satu-satunya...
Nama penuh Nurul Balqis Qistina
nama je perempuan...he, tapi macam budak lelaki...
suka pakai baju pak su dia ( Daniel )
baju dia, dia tak nak pakai...
kalau nak makan atau minum
mesti kedua-duanya tu nak nombor 1
kegemaran dua orang ni mestilah air milo...
kalau beli milo sekejap je dah habis..
nak buat macam mana
dalam sehari bergelas-gelas mereka habiskan...he



KERINDUAN

Rasa rindu pula kepada keluarga di kampung
Apa khabar abah?
Apa khabar umi?
Apa khabar semua.....adik-adikku..
Daniel?
Hanif?
Nabilah?
tak mampu aku tulis kesemuanya di sini...

Betul....
Bila tibanya waktu malam
Ditambah dengan sunyisepi...
Mungkin itu yang membuatkan aku rindu
Bila lah kita akan bertemu kembali
Kejauhan kampung membuatkan
Diri ini tak mampu berulang alik...
Kesabaran itu adalah satu kunci
Untuk mendewasakan anakmu ini
Doaku agar kamu semua sihat hendaknya..



.......rindu kamu.....

Sunday, August 1, 2010

DUA PAGI

Dah pukul 2 lebih...

teka-teki dah siap petang tadi

tapi aku masih lagi nak mengedit teka-teki ni...

Buat ikut turutan, ini tidak berserabut je,

Sekarang ni sudah tak serabut..he


( Dr. saya sudah siapkan teka-teki ) yeyy...



McD

Dah beberapa hari...

aku bertapa dekat McD ( waktu malam ) sebabnya 'Hotspot UPM' tak boleh nak hantar komen kat blog Dr. Normaliza

dah banyak yang aku tertinggal...

tapi nasib baik Dr. tak tutup lagi..

Berjaya juga komen yang hari ini dan yang sebelumnya....

Pukul 11.30, balik ke kolej...

SAJAK 1

Kasihmu Ibu

Duhai ibu
Sungguh mulia jasamu
Terlalu istimewa sifatmu
Tidak ternilai kudratku
Meskipun masih bisa tertawa
Dikala saat dirimu dilanda duka
Gahnya air matamu ibu
Tersembunyi disebalik kelopak mata

Senyumlah wahai ibu
Ukirlah seikhlas dibibirmu
Kerna aku jua tahu
Tulus jasamu
Semurni kasih-sayang ibu

Terima kasih ya Tuhan
Memberikan ibu yang penyanyang
Tanpa dirimu ibu
Tak kan mampu aku bertahan
Dalam dunia yang penuh cabaran


......Sajak tema kasih-sayang......

TEKA-TEKI 1

Soalan 1
Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?

Soalan 2
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?

TEKA-TEKI 2

Soalan 3
Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?

Soalan 4
Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?

Soaln 5
Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?

TEKA-TEKI 3

Soalan 6
Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?

Soalan 7
Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..

TEKA-TEKI 4

Soalan 8
Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?

Soalan 9
Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?

Soalan 10
Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?

Soalan 11
Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?

Soalan 12
Pokok atas buah, buah atas pokok...

Soalan 13
Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?