Masa untuk study...banyak lagi yang belum di baca..Exam pertama adalah Kesusasteraan dalam Multimedia pada 9/11/2010. Harap-harap apa yang aku baca ni melekat di minda dan mudah-mudahan aku dapat jawab dengan baik tanpa ada gangguan...
Aku pernah semester lepas jawab exam Dr. Rashid ( Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu). Sangat-sangat tidak selesa sebab aku demam, baru je nak menjawab exam aku terbatuk2 tanpa henti...semua rakan-rakan memandangku mungkin sebab terganggu..
Aku terus keluar dan batuk kat tandas..walaupun badan masih lemah tapi aku kuatkan juga menjawab exam tersebut. Tapi aku bersyukur dengan markah yang aku dapat walaupun dalam keadaan macam tu... Sebab itulah aku tak nak demam ni datang lagi semasa aku menduduki exam...
Eh, kalau nak cerita pasal demam ni memang banyak la, aku nak kongsikan sedikit masa aku dalam sekolah rendah hingga menengah dulu....Bila time nak exam je mesti aku akan demam... tak kiralah exam apa pun, bulanan ke, tahunan ke, asalkan ia ada kait-mengait dengan menjawab soalan...
Bila dah banyak kali asyik demam je time nak exam sampaikan satu hari tu, bila 2 minggu aku nak exam, nenek aku cakap...tak lama lagi demam la tu..dia kata aku ni lemah bila dengar pasal exam, tapi aku tak rasa apa-apa pun, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa sampailah sekarang....
Tapi sekarang ni, perkara tersebut sudah kurang berlaku..mungkin aku dah semakin kuat..:) Jadi sekarang masa untuk STUDY, kena tamatkan cerita ye..
3 comments:
ha, tau x pe, intenet(facebook), game(fashion world, cafe) sangat la melalaikan. ish2, study ye
Eh..saya tak main la game kat internet..baik main congkak ke,lompat getah ke..martabatkan permainan tradisional ok..he
owh, ok2, hehe, tapi saya x penah tgk awk main permainan tradisional...
Post a Comment