Friday, November 5, 2010

HAPPY DEEPAVALI...





Korang mesti dah tahu kan hari ni hari apa..semestinya Hari Deepavali. Kalau nak tahu hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (sumber: Pak Cik Google) yang disambut oleh semua penganut beragama Hindu diseluruh dunia.


Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" pula beerti barisan. Ia disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan dikenali juga sebagai pesta cahaya.


Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.


Pada pintu masuk rumah penganut Hindu akan diletakkan hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.


Ok, sekarang ni aku nak ucapkan Happy Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan tersebut..happy2 jugak, tapi dalam bergembira tu kenalah berhati-hati dan menjaga keselamatan family masing-masing..time2 macam ni la ada orang yang tak sepatutnya dengan rakus mencari peluang untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang..



0 comments:

Post a Comment