Friday, November 12, 2010

DI TAG OLEH CIK ANITA


Bangun pagi Cik Ekin jalan-jalan cari makan kat blog Cik Anita, tengok2 nama Cik Ekin di tag.

Cik Anita? Cik Ekin kan...he.

Mula-mula Cik Ekin ingat orang lain..mesti Cik Anita gelak guling2 sebab Cik Ekin pegi tanya kat bilik dia pagi2 buta lagi..Cik Anita senyum2 tu maknanya Cik Ekin la kan..mana la tahu nama orang lain..kih3, disebabkan Cik Anita letak Syikin padahal Shikin, jadi Cik Ekin ingat orang lain..Mana la tahu, Blog Cik Anita tu kan popular..mesti la ramai yang follow kan..(bagi tips sikit) :)


Ni dia..jawapan saye..

1)Kamu kawan saya, kan?
Ya Cik Anita. Kita berkawan di alam realiti dan fantasi. Walaupun kita berjauhan dan dipisahkan hanya 4 bilik je.. tapi kita semua tetap akan menjadi kawan selamanya.. InsyaAllah satu hari nanti kita kawin serentak semua ye... (ana,ety,aku)...plan hebat dah tu..:)

2)Kenapa kamu mahu jadi kawan saya?
Mahu tahu rahsia kamu...mahu kamu belanja saya hari2...boleh tak?..hehe tu bukan ler, saje je nak gurau ngan Cik Anita..mestilah nak jadi kawan kamu sebab kamu ni baik,cute...macam sape ye..oo..pelakon Indonesia tu..:)

3. give me 5 reason y u supposed to be gud blogger
Tempat luah perasaan...
Cerita pasal kehidupan..
Cari kawan...


Mau tag HAZLIMIE..



REHAT


Disebabkan exam yang berturut2, jadi blog Cik Ekin ni kena rehatkan sekejap..tension dengan jadual exam macam ni..sangat tak suka. Tapi nasib baiklah Cik Ekin dah buat nota ringkas 2,3 hari sebelum bermulanya exam...

Cik Ekin rasa semua exam sangat mencabar kerana semuanya subjek mengingat..teori yang paling susah untuk ingat walaupun tiap-tiap semester belajar teori..tapi masih lagi lupa..

Harap-harap Cik Ekin dapat result yang baik sebab dah ada yang nak belanja pizza kalau dapat 3.5 ke atas..boleh ke? huhuk...




Friday, November 5, 2010

STUDY



Masa untuk study...banyak lagi yang belum di baca..Exam pertama adalah Kesusasteraan dalam Multimedia pada 9/11/2010. Harap-harap apa yang aku baca ni melekat di minda dan mudah-mudahan aku dapat jawab dengan baik tanpa ada gangguan...

Aku pernah semester lepas jawab exam Dr. Rashid ( Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu). Sangat-sangat tidak selesa sebab aku demam, baru je nak menjawab exam aku terbatuk2 tanpa henti...semua rakan-rakan memandangku mungkin sebab terganggu..

Aku terus keluar dan batuk kat tandas..walaupun badan masih lemah tapi aku kuatkan juga menjawab exam tersebut. Tapi aku bersyukur dengan markah yang aku dapat walaupun dalam keadaan macam tu... Sebab itulah aku tak nak demam ni datang lagi semasa aku menduduki exam...

Eh, kalau nak cerita pasal demam ni memang banyak la, aku nak kongsikan sedikit masa aku dalam sekolah rendah hingga menengah dulu....Bila time nak exam je mesti aku akan demam... tak kiralah exam apa pun, bulanan ke, tahunan ke, asalkan ia ada kait-mengait dengan menjawab soalan...

Bila dah banyak kali asyik demam je time nak exam sampaikan satu hari tu, bila 2 minggu aku nak exam, nenek aku cakap...tak lama lagi demam la tu..dia kata aku ni lemah bila dengar pasal exam, tapi aku tak rasa apa-apa pun, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa sampailah sekarang....

Tapi sekarang ni, perkara tersebut sudah kurang berlaku..mungkin aku dah semakin kuat..:) Jadi sekarang masa untuk STUDY, kena tamatkan cerita ye..



ABC+BAKSO+SATEY+NESCAFE= KENYANG





Siapa makan semua makanan kat atas ni? Siapa lagi kalau bukan anak Mohd Saari. Sorry ye abahku tertulis sudah namamu di sini. Jangan buat-buat tak percaya pulak, percayalah makanan tu yang petang punya, yang pagi pula lain ceritanya.

Kat padang: Aku makan ABC dengan BAKSO. Sedap juga bakso yang dia buat, aku ada juga dengar yang pelik2 pasal makanan ni tapi tadi aku makan yang rasa ikan. Masa tu ingat nak minum-minum je sebab plan sebenarnya nak pergi makan satey. Tapi tiba-tiba En.B order bakso lak, ingat nak test je..hehe..lama jugak la aku test..sampai nak habis. Jadi jangan tanya aku kenapa badan aku ni makin lama makin membesar..sebab jawapannya kat sinilah..huhu

Kat Kajang: Ok, lepas je makan ABC dan Bakso, kami ke Kajang pula sebab memang plan kami untuk ke sana..Sampai je kat situ, terus je order satey..yum2..Masalahnya bila dah terlalu banyak makan, membuatkan perut aku tak mampu untuk menghabiskan makanan itu..En.B aku tak payah cakap la..memang ala kadar je kalau bab makan ni..Jadi apa lagi....

bang..oo..bang..bungkus ye...




MINES


Pegi Mines...pusing2 balik..haha..aku sebenarnya nak beli macam-macam barang tadi..tapi macam mana aku boleh lupa..hebat la daya ingatan aku sekarang ni...tapi En.B aku boleh pulak cakap..eh kita pusing2 je ke (sambil gelak2).

Oiit..saya ada nak beli barang la tadi..huhu..x pe la..dah tak ada rezeki nak buat macam mana...duit habis untuk makan-makan kot..kejap lagi aku nak cerita pasal makan-makan pulak..jangan ingat perempuan bila keluar dengan En.B mereka tak boleh makan banyak-banyak tau..jangan malu-malu..habiskan je makanan tu..kalau malu nanti lapar, balik cari meggi lak..kui3



HAPPY DEEPAVALI...





Korang mesti dah tahu kan hari ni hari apa..semestinya Hari Deepavali. Kalau nak tahu hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (sumber: Pak Cik Google) yang disambut oleh semua penganut beragama Hindu diseluruh dunia.


Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" pula beerti barisan. Ia disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan dikenali juga sebagai pesta cahaya.


Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.


Pada pintu masuk rumah penganut Hindu akan diletakkan hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.


Ok, sekarang ni aku nak ucapkan Happy Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan tersebut..happy2 jugak, tapi dalam bergembira tu kenalah berhati-hati dan menjaga keselamatan family masing-masing..time2 macam ni la ada orang yang tak sepatutnya dengan rakus mencari peluang untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang..



MENCARI IDENTITI BLOGGER YANG HILANG


Patut la aku rasa mataku berkedip2 je sejak semalam lagi....ada orang tag namaku rupenya..haha..ada kaitan ke? Whatever lah..aku memang berperagai pelik sikit..hik3

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

Buat Cik Anita..Thanks ye..ni jawapan aku..kalau dah baca jangan gelak2 lak..sila tutup mulut anda okey..:)
  1. Namaku Nurul Ashikin Binti Mohd Saari..:)
  2. Tapi nama timang-timanganku Ekin..bukan Ekin Mawi tau..no3..:)
  3. Aku turunnya dari kayangan hik3..ingat bajet cantik ker..haha..dari Negeri Cik Siti Wan Kembang la..
  4. Ada 9 orang adik beradik
  5. Anak yang ke-2 okey..
  6. Paling nakal, paling cerewet..haha
  7. Sensetif juga..:)
  8. Suka bercakap tak reti berhenti..potpet2
  9. Umur? da tua dah..22 tahun
  10. Dah berpunya tapi, belum kahwin lagi..he
  11. Masih belajar kat UPM..Serdang
  12. hobi-suka mengemas,menghias
  13. Sukakan benda yang cantik2
  14. Suka jalan-jalan...
  15. Sukakan POOH..suka sangat2..
  16. Suka mencuba sesuatu yang baru walaupun org lain tgk pelik..:)
  17. Suka shopping baju..tengok baju tenang je jiwa..waduh2
  18. Kalau diizinkan mahu sambung Master dalam bidang yang diminati
  19. Mahu jadi Pensyarah..Insyaallah.
  20. Banyak kawan..semuanya baik2
  21. Mahu kumpul banyak2 duit utk bantu family,adik2,rumah..:)
  22. Mahu bawa family pergi melancong..suka gembirakan hati mereka..
  23. Mahu kahwin bila semua benda dilaksanakan..simpan duit..kukuhkan ekonomi dulu..
  24. Kena belajar masak dulu okey..
  25. Bila semua dah terlaksana..mahu bina istana Impianku bersama sang Suami tersayang..Amin..

Owh..sudah cukup 25..he..ingat nak sambung lagi..tapi cukupla ek..Kene tag 25 org gak ke? sikit pun okey kan..Okey..siapakah yang akan menjadi mangsa aku..jangan cuba2 nak lari....Nama anda sudah tersenarai kat bawah ni...sila2 tengok..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Hazlimie

Azuwa

Fara

Ana

Azie











Thursday, November 4, 2010

KOSONG @ zERO


Kosong....



ambik ayat Hazlimie..haha..apa yang kosong pom aku x tahu..




KANGKUNG OH KANGKUNG


Cerita ini diperoleh dari sebuah laman web:

Aku bukan ingin menakut-nakutkan cuma aku ingin kongsikan cerita ini supaya penggemar diluar sana berhati-hati dan peka dengan perkara tersebut. Sekiranya anda penggemar kangkung, tidak kira apa sahaja jenis kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda apabila ingin memakan sayur tersebut.

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman, tapi saya lupa di negara mana, yang jelas antara Singapura / Malaysia.Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang ibubapanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak sembuh.

Di klinik ibubapa anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapanya kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana terus-menerus menghisap darah yang ada, doktor juga hairan, bagaimana untuk memusnahkan lintah yang banyak dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dikira sudah 1 bulan saya tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada.

Masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan “lintah” yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Renung-renungkan....



UCAPAN MAAF DARI LELAKI


Dipetik dari Facebook Tok Wan...untuk share kat korang..

Walau marah macam mana sekalipun kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata-kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas akan dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan perkataan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan oleh kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan kepada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Jadi,sayangilah pasangan anda dan jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf ye...:)



Tuesday, November 2, 2010

MOOD NEGETIF



R A J U K


DI HATI......SOB2



BAHAYA MEMANGKU LAPTOP...




Adakah kamu memiliki kebiasaan menggunakan laptop dengan cara memangkunya..? Sekiranya ya, Sebaiknya kamu perlu hindari kebiasaan ini. Sebuah jurnal kesihatan yang diterbitkan awal tahun ini di luar negara ada menyatakan, kebiasaan ini dapat mengakibatkan kerosakan kulit permanen.

Dunia medik menyebutnya sebagai toasted skin syndrome. Penyakit yang disebabkan paparan panas jangka panjang ini biasanya terjadi apabila munculnya bintik-bintik dan pigmen di permukaan kulit. ia juga akan menyebabkan kanser kulit.

Penelitian dilakukan setelah seorang anak berusia 12 tahun menderita penyakit kulit di paha kirinya. Kulit di paha kirinya telah mengalami perubahan warna disertai bintik-bintik berpola. Setelah dikaji, anak ini ternyata memiliki kebiasaan memangku laptop ketika bermain game online selama beberapa jam setiap hari. Kebiasaan itu sudah terjadi selama berbulan-bulan.

“Dia memang merasakan panas di sisi kiri setiap kali bermain game dengan memangku laptopnya. Tapi, disebabkan asyiknya dengan permainan tersebut membuatkan dia menjadi kebiasaan dan tidak menghiraukan kejadian tersebut,” kata para peneliti asal Swiss dalam Jurnal Pediatrics itu, seperti dikeluarkan dari laman Telegraph.

Kes lain menimpa seorang mahasiswa jurusan undang2 di Virginia. Wanita muda ini terus berurusan dengan doktor setelah mendapati belang-belang di kulit pahanya makin meluas. Awalnya, ia tak sedar bahwa kerosakan kulit itu akibat kebiasaan memangku laptop.

Dr Kimberley Salkey, yang menangani kes mahasiswa itu, memastikan bahawa gangguan pigmen kulit itu terjadi akibat kebiasaan memangku laptop menyala selama enam jam per hari. Dalam pemeriksaan lanjutan, jaringan kulit di paha wanita itu tidak boleh mengalirkan hantaran panas alas laptop yang mencapai 52 darjah celcius.

Selain laptop, sindrom ini juga dapat dikesan dari sejumlah pemanas elektronik atau bantal pemanas. Ramai yang tidak kisah kerana umumnya hantaran panas itu masih dapat ditahan dan tidak menyakitkan.

Drs Andreas Arnold dan Peter Itin dari University Hospital Basel, yang melakukan penelitian itu mengatakan, toasted skin syndrome umumnya memang tidak berbahaya. Namun, jangan diremehkan kerana kerosakan pigmen yang terjadi boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit.

Oleh itu, kepada semua yang suka memangku laptop mereka, harap berubahlah dari sekarang.. apa yang penting sekali gunakan kipas panas atau alat penyejuk lainnya.

Bila baca tentang artikel ini, teringat juga dulu aku yang tak pernah ambil peduli pasal benda-benda macam ni..kita ingatkan benda tu remeh tetapi kesan jangka panjangnya akan terlihat juga nanti..




Monday, November 1, 2010

SERAM

Keseraman yang melanda....Dush3....jangan fikir yang bukan2 okey.. Bak kata En.B aku tadi, fikirkan perkara yang happy2 je, memang la benda tu ada, tapi kalau kita tak mengawal diri dan ilmu yang kureng mesti la kena...terasa pulak aku ni..

Alhamdulillah..aku dah x mo fikir2 pasal benda tersebut ( mesti korang faham apa tu). Kalau kita tak kacau hidup dia, maka dia pun tak akan kacau hidup kita kan..Yes2..aku harus kuat, kuat dan memang aku KUAT!...

.

.

.

.

.

.

.

.

Jangan fikir.......

.

.

.

.

.

.

.

.

Jangan fikir....

.

.

.

.

.

.

.

.

Hilang suda....:)