Monday, October 25, 2010

PAGI

Mulakan pagi ni dengan semangat baru..semangat ingin ke kuliah..he, mana ada kuliah hari ni..saje je nak buat gempak..padahal tak de la gempak sangat pun.. Walaupun tido lambat semalam tapi aku berjaya bangun seawal yang mungkin.. dapat la breakfeast bersama En.B tersayang..

Minggu ni dia kerja petang, jadi baliknya malam la.. kalau tak sarapan bersama kira tak dapat jumpa la..padahal hari-hari mesti kena jumpa..tak jemu ke jumpa hari-hari? bagi aku, kalau tak jumpa mesti jadi rindu..Auuw..jiwang karat la minah ni..haha..
Perhubungan kami sudah hampir mencecah ke angka 6 tahun..harap-harap sampai ke akhir hayat..Amin.. kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti pelajaran di sekolah menengah lagi..

Walaupun hubungan kami hampir 6 tahun tapi rasa macam baru lagi..perkataan jemu tidak pernah terukir dibibirnya..walaupun aku seringkali bertanya..B tak jemu ke dengan hubungan kita..kan dah lama...
Jawapan yang selalu aku dengar adalah... tak..kenapa, kin dah jemu ke? Eh, aku yang tanya, aku lak yang kena tanya..he.. Alhamdulillah, aku sangat bertuah kerana memilikinya, Thanx b.. sanggup bersabar dengan karenah aku ni..

Susah sebenarnya untuk kita memiliki seseorang yang benar-benar menyanyangi kita.. yang sanggup susah senang dengan kita..yang sanggup berkorban demi kita.. Sanggup berlapar asalkan kita kenyang, sanggup berhujan asalkan kita tak basah..

Walaupun hubungan kita dulu banyak halangan, tapi kita berjaya menghadapinya.. kita berjaya mencapai kejayaan bersama......kita berjaya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa kita mampu merealisasikan impian mereka... Kalau tanpa halangan dan dugaan itu, aku mungkin tidak akan tersenarai di Universiti ini..







4 comments:

Unknown

sedih cite... pnjang al kisahnya...

ekin

Kesedihan itu mengajar kita nikmat kehidupan.. Sekiranya hidup kita hanya dipenuhi dengan kegembiraan sahaja, maka tidak bermaknalah hidup kita itu.. tetapi sekiranya ia diselangselikan dengan kegembiraan,kesedihan dan sebagainya..Hidup itu lebih bermakna dan ia juga dapat mengajar supaya diri kita lebih kuat untuk menempuh hari2 yang mendatang..

Unknown

kegembiraan dan kesedihan memang lah perlu ada, tetapi jika kesedihan yang melampau, yang tak dapat ditampung oleh badan kita, parahlah yang menanti...

ekin

iyalah Dr..he2

Post a Comment