Sunday, October 31, 2010
RUMAH PELIK
BORING...
Friday, October 29, 2010
SESUAI TAK?
Wednesday, October 27, 2010
MAYA
Tuesday, October 26, 2010
TEKNIK FOTOGRAFI
2 PETANG
ROOMATE SAYA
CHAR KUE TEOW
Monday, October 25, 2010
HUJAN
Berkilau bersinar
berkerdipan
Subur menghijau
bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
dan hujan turut mengiringi
Engkau..pergi....
Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan pernah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang yang pertama memenangi tersebut di London pada tahun 1989.
Antara pencapaian yang diperoleh:
- Penghibur Terbaik 1977 menerusi "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
- Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
- Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
- Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
PAGI
Minggu ni dia kerja petang, jadi baliknya malam la.. kalau tak sarapan bersama kira tak dapat jumpa la..padahal hari-hari mesti kena jumpa..tak jemu ke jumpa hari-hari? bagi aku, kalau tak jumpa mesti jadi rindu..Auuw..jiwang karat la minah ni..haha..
Perhubungan kami sudah hampir mencecah ke angka 6 tahun..harap-harap sampai ke akhir hayat..Amin.. kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti pelajaran di sekolah menengah lagi..
Jawapan yang selalu aku dengar adalah... tak..kenapa, kin dah jemu ke? Eh, aku yang tanya, aku lak yang kena tanya..he.. Alhamdulillah, aku sangat bertuah kerana memilikinya, Thanx b.. sanggup bersabar dengan karenah aku ni..
Walaupun hubungan kita dulu banyak halangan, tapi kita berjaya menghadapinya.. kita berjaya mencapai kejayaan bersama......kita berjaya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa kita mampu merealisasikan impian mereka... Kalau tanpa halangan dan dugaan itu, aku mungkin tidak akan tersenarai di Universiti ini..
KEDEGILAN MATA
Betul3, dia mahu aku ulangkaji pelajaran yang lepas-lepas.. ingat balik apa yang diajar..jangan jadikan otak kita beku, cairkan dia..rebus dia..panaskan dia..eh, macam pelik je bunyinya..
Wahai kawan-kawanku semua.. bangun2.. sekarang ni masa yang sesuai untuk kita study.. dengan suasana yang sunyi sepi macam ni.. I like... senang semua benda nak masuk..
KULIAH
Perlu mengulangkaji pelajaran untuk Exam yang bakal menjelang tidak lama lagi... Kalau dah balik ke kampung, semestinya buku tersimpan kemas di sebalik beg pakaian. Lagipun cuti Raya Haji terlalu dekat dengan jadual exam..maka keputusanku adalah berkampung di UPM saje..
Ini adalah pengorbanan seorang mahasiswa, seorang anak, seorang cucu dan seorang diri...Buat umi, abah dan adik-adik, ku pohon seribu kemaafan kerana tidak dapat beraya bersama-sama dengan kalian, tahun ini adalah first time aku tak dapat beraya bersama family...
Walaupun sedih, tapi demi harapan yang telah kamu sandarkan padaku akan aku pikul dengan sebaik-baikya sehingga diriku berjaya menggengam segulung ijazah..
FINISHING SCHOOL
Aku pula termasuk dalam kumpulan Tiger... Sebagai permulaan, setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang apa yang perlu dilakukan dengan kertas yang diberikan. Selepas itu, kami disuruh untuk mencipta binatang-binatang yang telah diberikan bagi setiap kumpulan..
Jadi, dengan hanya menggunakan kertas dan alat-tulis maka kami semua bertungkus-lumus untuk menyiapkan ciptaan masing-masing.. Apabila sudah siap, bermacam-macam bentuk yang terjadi, dan semua itu menimbulkan kelucuan dan gelak ketawa dengan hasil ciptaan masing-masing.. Contohnya apabila mencipta harimau tapi nampak seakan-akan kucing..he..
Pada sesi pertama dan kedua aku rasa bertenaga lagi, tapi bila dah masuk sesi yang ketiga..mulalah mengantuk...penat..dan macam-macam lagi..Tapi aku lalui dengan sebaik yang mungkin walaupun mindaku sudah melayang-layang mahu pulang.. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku lalui semasa berfinishing School dan dapat mengenali ramai kawan baru dari pelbagai kaum antaranya Cina dan India.. Aku sangat bernasib baik kerana pensyarahnya juga baik.
Pada hari yang kedua pula kami diajarkan cara-cara untuk membuat resume, surat memohon pekerjaan, bagaimana nak memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita dan sebagainya..Pada hari yang kedua ni ataupun hari yang terakhir, kami tidak banyak kerja dalam kumpulan dan lebih kepada kerja individu.. kelas ini di akhiri dengan slot interview...
Sunday, October 24, 2010
HASIL KERJA TANGAN AKU
Aku gembira sangat bila dapat belajar dalam kelas ni sebab walaupun aku ni budak sastera tapi sekurang-kurangnya ada juga bidang lain yang mampu aku lakukan/terokai untuk menempuh alam pekerjaan nanti. Sekarang ni kan zaman dunia yang tanpa sempadan.. kena la majukan diri dan terus maju..
Aku mengaku bahawa aku ni bukanlah pandai sangat, tapi bila dah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah dan tutor, maka dapat juga aku siapkan kalendar ini dengan tangan aku sendiri..
Walaubagaimanapun, aku rasa kalendar yang aku buat ni biasa saje dan tak dapat menandingi hasil kalendar yang orang dah profesional..tapi aku bersyukur sangat-sangat bila dah siap ni, walaupun sangat simple... Tapi di lain masa, aku harap dapat memperbaiki kelemahan yang ada.. Inilah hasilnya...