Monday, October 25, 2010

PAGI

Mulakan pagi ni dengan semangat baru..semangat ingin ke kuliah..he, mana ada kuliah hari ni..saje je nak buat gempak..padahal tak de la gempak sangat pun.. Walaupun tido lambat semalam tapi aku berjaya bangun seawal yang mungkin.. dapat la breakfeast bersama En.B tersayang..

Minggu ni dia kerja petang, jadi baliknya malam la.. kalau tak sarapan bersama kira tak dapat jumpa la..padahal hari-hari mesti kena jumpa..tak jemu ke jumpa hari-hari? bagi aku, kalau tak jumpa mesti jadi rindu..Auuw..jiwang karat la minah ni..haha..
Perhubungan kami sudah hampir mencecah ke angka 6 tahun..harap-harap sampai ke akhir hayat..Amin.. kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti pelajaran di sekolah menengah lagi..

Walaupun hubungan kami hampir 6 tahun tapi rasa macam baru lagi..perkataan jemu tidak pernah terukir dibibirnya..walaupun aku seringkali bertanya..B tak jemu ke dengan hubungan kita..kan dah lama...
Jawapan yang selalu aku dengar adalah... tak..kenapa, kin dah jemu ke? Eh, aku yang tanya, aku lak yang kena tanya..he.. Alhamdulillah, aku sangat bertuah kerana memilikinya, Thanx b.. sanggup bersabar dengan karenah aku ni..

Susah sebenarnya untuk kita memiliki seseorang yang benar-benar menyanyangi kita.. yang sanggup susah senang dengan kita..yang sanggup berkorban demi kita.. Sanggup berlapar asalkan kita kenyang, sanggup berhujan asalkan kita tak basah..

Walaupun hubungan kita dulu banyak halangan, tapi kita berjaya menghadapinya.. kita berjaya mencapai kejayaan bersama......kita berjaya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa kita mampu merealisasikan impian mereka... Kalau tanpa halangan dan dugaan itu, aku mungkin tidak akan tersenarai di Universiti ini..







KEDEGILAN MATA

Suka-suka hati aku je kan cakap kedegilan mata..ada ke ayat macam tu, mana ada kan... Dah pukul berapa dah ni, kenapa mataku ni masih segar bugar lagi..

Nak kata aku minum secawan nescafe, 3 cawan nescafe....seingat aku, harini aku tak de pulak minum..ish3..ke dia nak aku study ni..

Betul3, dia mahu aku ulangkaji pelajaran yang lepas-lepas.. ingat balik apa yang diajar..jangan jadikan otak kita beku, cairkan dia..rebus dia..panaskan dia..eh, macam pelik je bunyinya..

Membuatkan aku jadi loya pulak.. terfikirkan otak tu betul2 kena rebus.. apalah aku ni.. tapi semua tu adalah kiasan sahaja.. fikirkan disebalik kata-kata itu..

Wahai kawan-kawanku semua.. bangun2.. sekarang ni masa yang sesuai untuk kita study.. dengan suasana yang sunyi sepi macam ni.. I like... senang semua benda nak masuk..

Tak akan disekat oleh apa-apa halangan bunyi-bunyian samada gitar, dram, seruling atau sebagainya..Tapi kalau aku kejutkan mereka ni, adakah aku akan dihempuk dengan bantal..haha..


KULIAH

Tinggal seminggu sahaja lagi kuliah pada semester ini.. Mahu balik kampung? Oh tidak..kamu tidak dapat balik kampung walaupun kuliah kamu tinggal satu minggu sahaja lagi. Ini adalah ayat untuk diriku yang sememangnya akan beraya haji dekat sini...huhu...

Perlu mengulangkaji pelajaran untuk
Exam yang bakal menjelang tidak lama lagi... Kalau dah balik ke kampung, semestinya buku tersimpan kemas di sebalik beg pakaian. Lagipun cuti Raya Haji terlalu dekat dengan jadual exam..maka keputusanku adalah berkampung di UPM saje..

Ini adalah pengorbanan seorang mahasiswa, seorang anak, seorang cucu dan seorang diri...Buat umi, abah dan adik-adik, ku pohon seribu kemaafan kerana tidak dapat beraya bersama-sama dengan kalian, tahun ini adalah first time aku tak dapat beraya bersama family...

Walaupun sedih, tapi demi harapan yang telah kamu sandarkan padaku akan aku pikul dengan sebaik-baikya sehingga diriku berjaya menggengam segulung ijazah..

Ini merupakan sebuah hadiah yang termampu anakmu berikan walaupun ianya tidaklah setanding dengan segala pengorbanan yang telah dicurahkan .. I love u...and misss u.. Jangan sedih-sedih tau...


FINISHING SCHOOL

Hari Pertama...Aku ditempatkan dalam kumpulan 10 bersama-sama dengan kawan-kawan aku antaranya Cik Anita, Cik Azie, Cik Ekin ( nak masuk jugak...) dan kawan-kawan aku yang lain..Mula-mula masuk, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang comel-comel namanya.. Contohnya kumpulan Monkey, Buffalo, Cat dan sebagainya.

Aku pula termasuk dalam kumpulan Tiger... Sebagai permulaan, setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang apa yang perlu dilakukan dengan kertas yang diberikan. Selepas itu, kami disuruh untuk mencipta binatang-binatang yang telah diberikan bagi setiap kumpulan..

Jadi, dengan hanya menggunakan kertas dan alat-tulis maka kami semua bertungkus-lumus untuk menyiapkan ciptaan masing-masing.. Apabila sudah siap, bermacam-macam bentuk yang terjadi, dan semua itu menimbulkan kelucuan dan gelak ketawa dengan hasil ciptaan masing-masing.. Contohnya apabila mencipta harimau tapi nampak seakan-akan kucing..he..

Pada sesi pertama dan kedua aku rasa bertenaga lagi, tapi bila dah masuk sesi yang ketiga..mulalah mengantuk...penat..dan macam-macam lagi..Tapi aku lalui dengan sebaik yang mungkin walaupun mindaku sudah melayang-layang mahu pulang.. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku lalui semasa ber
finishing School dan dapat mengenali ramai kawan baru dari pelbagai kaum antaranya Cina dan India.. Aku sangat bernasib baik kerana pensyarahnya juga baik.

Pada hari yang kedua pula kami diajarkan cara-cara untuk membuat resume, surat memohon pekerjaan, bagaimana nak memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita dan sebagainya..Pada hari yang kedua ni ataupun hari yang terakhir, kami tidak banyak kerja dalam kumpulan dan lebih kepada kerja individu.. kelas ini di akhiri dengan slot interview...


Sunday, October 24, 2010

HASIL KERJA TANGAN AKU

Aku gembira sangat bila dapat belajar dalam kelas ni sebab walaupun aku ni budak sastera tapi sekurang-kurangnya ada juga bidang lain yang mampu aku lakukan/terokai untuk menempuh alam pekerjaan nanti. Sekarang ni kan zaman dunia yang tanpa sempadan.. kena la majukan diri dan terus maju..

Aku mengaku bahawa aku ni bukanlah pandai sangat, tapi bila dah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah dan tutor, maka dapat juga aku siapkan kalendar ini dengan tangan aku sendiri..

Walaubagaimanapun, aku rasa kalendar yang aku buat ni biasa saje dan tak dapat menandingi hasil kalendar yang orang dah profesional..tapi aku bersyukur sangat-sangat bila dah siap ni, walaupun sangat simple... Tapi di lain masa, aku harap dapat memperbaiki kelemahan yang ada.. Inilah hasilnya...











































Thursday, October 14, 2010

KEMALASAN

Jangan la ada perasaan macam yang aku nyatakan di atas tu..tapi macam mana kita nak halang..kadang-kadang kemalasan itu akan bertandang jua ke dalam hidup kita walaupun kita dah guna bermacam-macam alat keselamatan seperti jala, penapis teh, kelambu dan bermacam-macam cara lagi.. tapi perasaan itu tetap juga akan muncul..

Wahai badan..janganlah kamu suka bermalas-malasan..jangan jadikan kesakitan itu sebagai syarat untuk kamu bermalas-malasan..banyak lagi kerja dan kerja yang terbengkalai..

Kalau la semua kerja tu dapat bercakap, mesti kita dapat dengar dia memanggil-manggil nama kita.. (Kalau betul-betul berlaku, aku yang FIRST lari......he, takut ler..) Jadi, jangan ada perasaan itu ye Nurul Ashikin! Chaiyok2...

DEMAM LAGI...

Hm...Cik Demam..bila la kamu mahu meninggalkan tubuhku, aku asyik bertemankan batuk, selesema je, dah dekat 2 minggu dah..sangat tidak selesa..

Wahai Cik Demam, kenapakah kamu suka sangat berkepit dengan aku..dah tak ada orang lain lagi ke yang nak berteman dengan kau..

Sesiapa yang inginkan Cik Demam ni, sila la telefon ke no ini ye.. ( 017-9555559 ). Kalau nak tahu, Cik Demam ni masih solo lagi..he


( apa la yang aku merepek ni..jangan layannn..)