Sunday, December 4, 2011

JOM HEBOH AT BUKIT JALIL


Petang tadi Cik Ekin dan En.B pergi cuci mata kat jom heboh yang sedang berlangsung di Bukit Jalil. Padahal semalam Cik Ekin dah pergi tapi masa tu dah nak hujan jadi terpaksa lah balik awal. Jadi kitorang berdua pom pergi la untuk yang kedua kalinya ke sana. Sebenarnya Cik Ekin pergi sana sebab nak keluarkan duit dari SSPN yang dah bertahun Cik Ekin cari macam mana cara nak keluarkan tapi tak ada seorang pom tahu caranya. Jadi semalam semasa aktiviti cuci-cuci mata tu Cik Ekin nampaklah kaunter PTPTN.

Semasa kat sana tu Cik Ekin ada la bertanya macam mana caranya nak keluarkan duit kita kat dalam akaun tersebut. Pihak diorang minta Cik Ekin mengisi borang pengeluaran dan perlu sertakan sekali salinan buku bank dan juga kad SSPN. Terpaksalah Cik Ekin datang kali kedua untuk menyelesaikan urusan Cik Ekin sebab buku bank dan kad tersebut ada dekat rumah. Tapi Cik Ekin rasa happy sesangat walaupun dalam keadaan panas terik dan peluh asyik nak keluar je, tapi pihak diorang memberikan layanan yang Superpower best punya layanan..

Lepas dah selesaikan urusan tersebut Cik Ekin pom apa lagi, jalan-jalan la dengan En.B dan dapat la jumpa ramai artis kat sana.. Antaranya Forteen, Ikwan Hot F.M, Ucop Wilca, Liza Abdullah, Stacy dan Izreen. Dalam kumpulan Forteen tu salah seorang adalah adik kawan kitorang namanya Izzue Islam yang tengah hangat dengan lagu Berdua Bersatu sekarang ni. Selain menyayi dia juga seorang pelakon. En.B la yang cakap Izzue tu adik kawan kitorang sebenarnya.

Kalau nak tahu, masa kitorang nak balik tu, kitorang terjumpa la dengan Stacy yang baru saja keluar dari kereta. Yang kelakarnya, En.B cakap Ekin, Stacy2...tapi Cik Ekin cakap bukan la...dia cakap lagi, tapi Cik Ekin asyik cakap bukan je. Tiba-tiba adik Stacy yang lelaki tu keluar dari kereta dan barulah Cik Ekin cakap iye la. Kelakar betul la, macam mana En.B lebih kenal dari Cik Ekin ni, pelik betul laki tu..hehe..jakun betul rasanya Cik Ekin ni.








Stacy & Me










Liza Abdullah dan Izreen










mukaku macam mak nenek je












Ucop Wilca & Ebi Beca






2 comments:

shedy :D

cik ekin, nak tanya apa yang diperlukan nak keluarkan duit dari sspn? lagi satu ada buku bank sspn ke? saya hanya ada kad sspn je.

ekin

Cik Ekin pun cuma ada kad SSPN je, tapi masa tu dia minta sertakan sekali dengan salinan buku bank sebab nanti dia akan masukkan duit ke dalam akaun bank tersebut.

Post a Comment