Sunday, December 4, 2011

JOM HEBOH AT BUKIT JALIL


Petang tadi Cik Ekin dan En.B pergi cuci mata kat jom heboh yang sedang berlangsung di Bukit Jalil. Padahal semalam Cik Ekin dah pergi tapi masa tu dah nak hujan jadi terpaksa lah balik awal. Jadi kitorang berdua pom pergi la untuk yang kedua kalinya ke sana. Sebenarnya Cik Ekin pergi sana sebab nak keluarkan duit dari SSPN yang dah bertahun Cik Ekin cari macam mana cara nak keluarkan tapi tak ada seorang pom tahu caranya. Jadi semalam semasa aktiviti cuci-cuci mata tu Cik Ekin nampaklah kaunter PTPTN.

Semasa kat sana tu Cik Ekin ada la bertanya macam mana caranya nak keluarkan duit kita kat dalam akaun tersebut. Pihak diorang minta Cik Ekin mengisi borang pengeluaran dan perlu sertakan sekali salinan buku bank dan juga kad SSPN. Terpaksalah Cik Ekin datang kali kedua untuk menyelesaikan urusan Cik Ekin sebab buku bank dan kad tersebut ada dekat rumah. Tapi Cik Ekin rasa happy sesangat walaupun dalam keadaan panas terik dan peluh asyik nak keluar je, tapi pihak diorang memberikan layanan yang Superpower best punya layanan..

Lepas dah selesaikan urusan tersebut Cik Ekin pom apa lagi, jalan-jalan la dengan En.B dan dapat la jumpa ramai artis kat sana.. Antaranya Forteen, Ikwan Hot F.M, Ucop Wilca, Liza Abdullah, Stacy dan Izreen. Dalam kumpulan Forteen tu salah seorang adalah adik kawan kitorang namanya Izzue Islam yang tengah hangat dengan lagu Berdua Bersatu sekarang ni. Selain menyayi dia juga seorang pelakon. En.B la yang cakap Izzue tu adik kawan kitorang sebenarnya.

Kalau nak tahu, masa kitorang nak balik tu, kitorang terjumpa la dengan Stacy yang baru saja keluar dari kereta. Yang kelakarnya, En.B cakap Ekin, Stacy2...tapi Cik Ekin cakap bukan la...dia cakap lagi, tapi Cik Ekin asyik cakap bukan je. Tiba-tiba adik Stacy yang lelaki tu keluar dari kereta dan barulah Cik Ekin cakap iye la. Kelakar betul la, macam mana En.B lebih kenal dari Cik Ekin ni, pelik betul laki tu..hehe..jakun betul rasanya Cik Ekin ni.








Stacy & Me










Liza Abdullah dan Izreen










mukaku macam mak nenek je












Ucop Wilca & Ebi Beca






Saturday, December 3, 2011


Monday, May 2, 2011

STUDY OR STUDO?

Dalam kamus ciptaan nenek belah mak tiri Cik Ekin, study membawa maksud..sesiapa yang dah dekat-dekat nak exam perlulah bermuhasabah diri mereka sendiri untuk belajar apa-apa yang patut sebagai bekalan di hari peperiksaan. Apasal la panjang sangat maksud dalam kamus ni kan..entah iya, entah tidak la kamus ni..golongan nenek2 yang buat ni memang susah sikit kita nak percaya..hehe..gurau aje, tak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih bernyawa...

Yang mana satu lebih penting..study atau studo? kalau tak tahu apa maksud studo tu..silalah jangan buka kamus ye, sebab memang tak kan jumpa pun maksud dia..selalunya kan dalam kalangan remaja macam Cik Ekin ni la yang guna perkataan tersebut...eh, jap..remaja ke? Cik Ekin masih remaja lagi tau, umur tidak boleh membezakan muka Cik Ekin yang sememangnya maintain remaja macam Cik Kiah jual karipap ni..haha..sabo je ler ye..Cik Eton...Eh Cik Hasnah... Sorry, silap nama pulak...

Berbalik pada topik kita yang sebenarnya..study itu sememangnya sangat penting ok, sekiranya masa nak exam tu dah dekat2,maknanya kita kena study tanpa adanya perkataan mengantuk, menguap 50 kali ataupun katil dah memanggil2...yang perlu ada hanyalah kesungguhan, azam yang berkobar-kobar untuk menjawap soalan exam..Oleh itu, tak payah la Cik Ekin nak terangkan perkataan Studo itu sebab tak penting sebenarnya..yang penting adalah perkataan study tadi kan..

Ok lah, sekarang dah lewat malam, mata Cik Ekin pun dah mula mengantuk..kita jumpa lagi... ingat tu apa yang Cik Ekin bagitau tadi, study itu penting...dan penting...Selamat malam semua.. Cik Ekin Studo dulu tau..lusa ada Exam..bye2



(Cik Ekin kekurangan asam! :P)

FILEM RED RIDING HOOD



1 MEI bersamaan dengan hari pekerja. Cik Ekin nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang tak bekerja dan yang terpaksa bekerja tu tak berapa nak selamat la kan..tapi tak pe, selalunya orang yang bekerja walaupun cuti ni selalunya gaji dia akan up sikit dari hari2 yang biasa kan...macam tau2 je Cik Ekin ni. Pernah jadi bos ke?

Tapi sekarang ni dah masuk 2 Mei dah, x pe la nak wish jugak walaupun dah masuk hari lain..kikiki..Alang-alang dah cuti ni, Cik Ekin apa lagi pergi la layan movie bersama dengan En.B. Macam la hari Ahad En.B tak cuti pulak..ish3. Mula-mula tak plan pun nak tengok movie, tapi dah lama tak melayan movie, jadi pergi la kat JUSCO Balakong, tengok Filem Red Riding Hood.. kat bawah ni Cik Ekin ada letakkan poster dia...





Cik Ekin nak ceritakan sedikit sedutan mengenai cerita Red Riding Hood tersebut. Ia mengisahkan tentang penghuni desa yang selama bertahun-tahun hidup dalam ketakutan akibat daripada ancaman serigala jadian. Mereka selalunya akan menerima ancaman daripada serigala jadian apabila tibanya bulan purnama.
Ia mengisahkan watak 
Valerie (Amanda Seyfried), iaitu salah seorang penghuni desa kecil yang mengalami masalah berat dalam hidupnya. Ia sangat mencintai Peter (Shiloh Fernandez) namun kedua orang tuanya telah menjodohkan Valarie dengan seorang lelaki kaya yang bernama Henry (Max Irons). Valerie tidak sanggup untuk berpisah dengan Peter dan berhasrat untuk melarikan diri.










Walaubagaimanapun, hasrat mereka terbantut apabila kakak Valarie telah dibunuh oleh serigala jadian itu. Seterusnya telah berlaku pelbagai perkara yang telah menghuru-harakan desa mereka. Persoalannya, siapakah serigala jadian yang sebenarnya kalau korang semua nak tahu kisah tersebut bolehlah tengok movie tersebut kat panggung ataupun dalam Youtube. Selamat menonton ye kepada sesiapa yang sukakan cerita sedemikian. bye2


Wednesday, April 27, 2011

ANNIVERSARY YG KE-6

Alhamdulillah dah 6 tahun rupanya perkenalan Cik Ekin dengan En.B, harap hubungan kita akan kekal sampai ke akhir hayat..amin..tahun ni kami sambut kat Pizza Hut, dah ada orang nak belanja apa lagi kan.... Cik Ekin tak kisah sebenarnya nak makan kat mana, tapi dia tahu Cik Ekin ni suka sangat makan pizza, jadi Cik Ekin tak cakap pun dia dah tahu..

Masalahnya, En.B ni, tak suka sangat makan benda-benda macam ni, favourite dia semestinyal ayam. Kalau hari-hari dapat makan ayam pun tak pe, jadi En.B makan sikit je dah tak boleh masuk. Rasa-rasanya siapa yang habiskan pizza tu? Terpaksalah Cik Ekin yang chubby ni makan semua, suka sangat-sangat kan.. habiskanlah, jangan senyum-senyum je.... Bertambahlah lemak Cik Ekin kalau di bela En.B ni.. asyik makan-makan-makan je sampai mabuk.. kuikuikui...





mana makanan ni....



muka lapar....



nak merajuk la tunggu lama sangat..hehe



sampai sudah....



spaghetti



Jom makan...






Friday, April 22, 2011

BERAKHIR SUDAH


Berakhir sudah segalanya...Thanks kepada semua yang membantu..







Monday, April 18, 2011

SIFAT SEMULAJADI LELAKI

Sifat semulajadi lelaki, egonya lebih tinggi berbanding perempuan. Ego sebenarnya bagus utk tundukkan pasangan korang. Tapi kalau ego tu berlebihan, ia juga boleh merosakkan hubungan. Oleh itu, ego perlu dikawal...

Ego tinggi biasanya membuatkan kita sentiasa rasa nak menang. Walaupun dah tau kita salah, kita tetap tak nak terima kesalahan itu. Akibatnya satu hubungan tu boleh jadi semakin renggang dan akhirnya terputus. Tu lah bahana ego..

Susah nak terima teguran, cepat marah, dan sukar utk meminta maaf juga disebabkan ego. Akibatnya, pasangan korang akan rasa cepat tersinggung, rasa dikongkong, tidak dihargai dan seterusnya membuatkan diorang tension..



Sumber: Google
yang ni terlebih ego..




Biasanya saat inilah cinta perempuan akan beralih arah. Mencari seseorang yg lebih menghargainya. Jangan salahkan perempuan curang, tapi salahkan diri korang yang tak pandai jaga diorang.

Jiwa perempuan lembut. Diorang perlukan tempat utk membelai perasaan. Bukan utk kita kasari hati diorang..




Sumber: Google
yang ni ego ke emo? Lu teka la sendiri...



Memang susah nak control ego, tapi sebenarnya kita boleh kalau benar2 serius. Tipsnya, lebihkan rasa sabar, jangan cepat melenting. Jangan buat apa-apa keputusan semasa dlm keadaan marah. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Dengan itu, ego korang pon boleh ditundukkan..

Control Your Ego..Good Luck para jejaka sekalian..=)


Tapi dalam hubungan Cik Ekin..rasanya dua2 Cik Ekin dapat kot Ego & Emo.. sabor je la siapa yang dapat Cik Ekin ni..memang tamak..nak bolot semua..:))