Monday, May 2, 2011

FILEM RED RIDING HOOD



1 MEI bersamaan dengan hari pekerja. Cik Ekin nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang tak bekerja dan yang terpaksa bekerja tu tak berapa nak selamat la kan..tapi tak pe, selalunya orang yang bekerja walaupun cuti ni selalunya gaji dia akan up sikit dari hari2 yang biasa kan...macam tau2 je Cik Ekin ni. Pernah jadi bos ke?

Tapi sekarang ni dah masuk 2 Mei dah, x pe la nak wish jugak walaupun dah masuk hari lain..kikiki..Alang-alang dah cuti ni, Cik Ekin apa lagi pergi la layan movie bersama dengan En.B. Macam la hari Ahad En.B tak cuti pulak..ish3. Mula-mula tak plan pun nak tengok movie, tapi dah lama tak melayan movie, jadi pergi la kat JUSCO Balakong, tengok Filem Red Riding Hood.. kat bawah ni Cik Ekin ada letakkan poster dia...





Cik Ekin nak ceritakan sedikit sedutan mengenai cerita Red Riding Hood tersebut. Ia mengisahkan tentang penghuni desa yang selama bertahun-tahun hidup dalam ketakutan akibat daripada ancaman serigala jadian. Mereka selalunya akan menerima ancaman daripada serigala jadian apabila tibanya bulan purnama.
Ia mengisahkan watak 
Valerie (Amanda Seyfried), iaitu salah seorang penghuni desa kecil yang mengalami masalah berat dalam hidupnya. Ia sangat mencintai Peter (Shiloh Fernandez) namun kedua orang tuanya telah menjodohkan Valarie dengan seorang lelaki kaya yang bernama Henry (Max Irons). Valerie tidak sanggup untuk berpisah dengan Peter dan berhasrat untuk melarikan diri.










Walaubagaimanapun, hasrat mereka terbantut apabila kakak Valarie telah dibunuh oleh serigala jadian itu. Seterusnya telah berlaku pelbagai perkara yang telah menghuru-harakan desa mereka. Persoalannya, siapakah serigala jadian yang sebenarnya kalau korang semua nak tahu kisah tersebut bolehlah tengok movie tersebut kat panggung ataupun dalam Youtube. Selamat menonton ye kepada sesiapa yang sukakan cerita sedemikian. bye2


1 comments:

Unknown

da tgk da cite ni..

Post a Comment