Dalam kamus ciptaan nenek belah mak tiri Cik Ekin, study membawa maksud..sesiapa yang dah dekat-dekat nak exam perlulah bermuhasabah diri mereka sendiri untuk belajar apa-apa yang patut sebagai bekalan di hari peperiksaan. Apasal la panjang sangat maksud dalam kamus ni kan..entah iya, entah tidak la kamus ni..golongan nenek2 yang buat ni memang susah sikit kita nak percaya..hehe..gurau aje, tak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih bernyawa...
Yang mana satu lebih penting..study atau studo? kalau tak tahu apa maksud studo tu..silalah jangan buka kamus ye, sebab memang tak kan jumpa pun maksud dia..selalunya kan dalam kalangan remaja macam Cik Ekin ni la yang guna perkataan tersebut...eh, jap..remaja ke? Cik Ekin masih remaja lagi tau, umur tidak boleh membezakan muka Cik Ekin yang sememangnya maintain remaja macam Cik Kiah jual karipap ni..haha..sabo je ler ye..Cik Eton...Eh Cik Hasnah... Sorry, silap nama pulak...
Berbalik pada topik kita yang sebenarnya..study itu sememangnya sangat penting ok, sekiranya masa nak exam tu dah dekat2,maknanya kita kena study tanpa adanya perkataan mengantuk, menguap 50 kali ataupun katil dah memanggil2...yang perlu ada hanyalah kesungguhan, azam yang berkobar-kobar untuk menjawap soalan exam..Oleh itu, tak payah la Cik Ekin nak terangkan perkataan Studo itu sebab tak penting sebenarnya..yang penting adalah perkataan study tadi kan..
Ok lah, sekarang dah lewat malam, mata Cik Ekin pun dah mula mengantuk..kita jumpa lagi... ingat tu apa yang Cik Ekin bagitau tadi, study itu penting...dan penting...Selamat malam semua.. Cik Ekin Studo dulu tau..lusa ada Exam..bye2
(Cik Ekin kekurangan asam! :P)