Wednesday, April 27, 2011

ANNIVERSARY YG KE-6

Alhamdulillah dah 6 tahun rupanya perkenalan Cik Ekin dengan En.B, harap hubungan kita akan kekal sampai ke akhir hayat..amin..tahun ni kami sambut kat Pizza Hut, dah ada orang nak belanja apa lagi kan.... Cik Ekin tak kisah sebenarnya nak makan kat mana, tapi dia tahu Cik Ekin ni suka sangat makan pizza, jadi Cik Ekin tak cakap pun dia dah tahu..

Masalahnya, En.B ni, tak suka sangat makan benda-benda macam ni, favourite dia semestinyal ayam. Kalau hari-hari dapat makan ayam pun tak pe, jadi En.B makan sikit je dah tak boleh masuk. Rasa-rasanya siapa yang habiskan pizza tu? Terpaksalah Cik Ekin yang chubby ni makan semua, suka sangat-sangat kan.. habiskanlah, jangan senyum-senyum je.... Bertambahlah lemak Cik Ekin kalau di bela En.B ni.. asyik makan-makan-makan je sampai mabuk.. kuikuikui...





mana makanan ni....



muka lapar....



nak merajuk la tunggu lama sangat..hehe



sampai sudah....



spaghetti



Jom makan...






Friday, April 22, 2011

BERAKHIR SUDAH


Berakhir sudah segalanya...Thanks kepada semua yang membantu..







Monday, April 18, 2011

SIFAT SEMULAJADI LELAKI

Sifat semulajadi lelaki, egonya lebih tinggi berbanding perempuan. Ego sebenarnya bagus utk tundukkan pasangan korang. Tapi kalau ego tu berlebihan, ia juga boleh merosakkan hubungan. Oleh itu, ego perlu dikawal...

Ego tinggi biasanya membuatkan kita sentiasa rasa nak menang. Walaupun dah tau kita salah, kita tetap tak nak terima kesalahan itu. Akibatnya satu hubungan tu boleh jadi semakin renggang dan akhirnya terputus. Tu lah bahana ego..

Susah nak terima teguran, cepat marah, dan sukar utk meminta maaf juga disebabkan ego. Akibatnya, pasangan korang akan rasa cepat tersinggung, rasa dikongkong, tidak dihargai dan seterusnya membuatkan diorang tension..



Sumber: Google
yang ni terlebih ego..




Biasanya saat inilah cinta perempuan akan beralih arah. Mencari seseorang yg lebih menghargainya. Jangan salahkan perempuan curang, tapi salahkan diri korang yang tak pandai jaga diorang.

Jiwa perempuan lembut. Diorang perlukan tempat utk membelai perasaan. Bukan utk kita kasari hati diorang..




Sumber: Google
yang ni ego ke emo? Lu teka la sendiri...



Memang susah nak control ego, tapi sebenarnya kita boleh kalau benar2 serius. Tipsnya, lebihkan rasa sabar, jangan cepat melenting. Jangan buat apa-apa keputusan semasa dlm keadaan marah. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Dengan itu, ego korang pon boleh ditundukkan..

Control Your Ego..Good Luck para jejaka sekalian..=)


Tapi dalam hubungan Cik Ekin..rasanya dua2 Cik Ekin dapat kot Ego & Emo.. sabor je la siapa yang dapat Cik Ekin ni..memang tamak..nak bolot semua..:))



Sunday, April 17, 2011

WANITA DAN RAMA-RAMA


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.





Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.





Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini.


Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.






Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.


Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.







Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.


Susahnya untuk bergelar si rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.




Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


NUKILAN :DR. HM TUAH





KENANGAN KITA DI UPM



Akhirnya masa semakin hampir untuk Cik Ekin berada di UPM. Semakin hampir, semakin sedih nak meninggalkan kenangan bersama dengan kawan-kawan sekuliah dan tak lupa juga kawan-kawan yang lain. Disini kita bertemu tidak mungkin di sini juga akan berpenghujungnya. Sama-sama mengorak langkah masing-masing ke haluan yang telah dipilih. Harap semuanya berjaya dalam kehidupan yang mendatang kelak. Bertahun-tahun kita menuntut ilmu bersama, bergembira bersama, terimbau segala kenangan selama 3 tahun. Sekiranya ada salah dan silap selama perkenalan kita, Cik Ekin nak minta maaf banyak-banyak...kat bawah ni Cik Ekin nak selitkan gambar kita bersama semasa di UPM.




Pengambaran bersama budak2 bahasa


Penyokong Sukan


Semasa latihan teater


Pengambaran lagi


Semasa kelas MGM


KPZ Best!! sebab itu kolej Cik Ekin




KEMPUNAN


Kenapa tetiba je rasa nak makan steamboat ni. Perut tengah lapar memang mengada sikit..nak makan macam-macam.Tapi sedapnye steamboat..Sape la yang sudi belanja Cik Ekin ni makan steamboat. Kalau bayar sendiri rasa dia lain sikit, tapi kalau ada orang belanja rasa sedap tu berganda-ganda la pulak. Kenapa?

Pelik betul la, dah lama duk fikir tapi tak tahu pulak kenapa jadi macam tu..Tak kisah la bayar sendiri ke, ada orang belanja ke, yang penting boleh menghilangkan kempunan Cik Ekin ni. Apa yang penting udang, ketam dan sotong mesti licin..he

Sudah. Kemuncak kempunan makin tinggi dan tinggi..kalau tak dapat makan secepat yang mungkin ni mesti sesuatu yang akan berlaku. Haha..Gedix betul la Cik Ekin ni, duk melalut sorang-sorang malam-malam buta ni. Senang-senang bersteamboat sendiri kat bilik, letak sotong, udang, ketam semua dalam heater. Idea yang paling bernas tak masuk akal. Jom layan Cik Ekin bersteamboat zaman2 dulu kala...





Ni ke Cik Ekin? eh,bukan la...


Best..yum2


Jom pi makan!


Adoi..sedapyer..


Bertambah la kempunan...


Steamboat MAEPS....






Saturday, April 16, 2011

MARI MELUKIS & MEWARNA


Inilah hasilnya kalau sehari tak dapat internet. Best jugak kembali ke zaman kanak-kanak. Tapi jangan gelak ye bila tgk lukisan Cik Ekin ni. Lukisan tercomot di dunia..Dah macam lukisan kanak-kanak ribena pulak kan3..Kalau time stress tu boleh la layan benda ni, hilang kejap..lepas tu datang balik..haha



Tema: Dot..Dot...Dot...


Tema: Happy Birthday


Tema: Bunga


Tema: Ekin


Tema: Pokok rambutan bulat..haha



Tema: Di pergunungan




Friday, April 15, 2011

MELOMPAT LEBIH TINGGI

Melompat lebih tinggi...yeaahh!! tapi kalau dah pendek, melompat macam mana pun tetap pendek juga lompatan tu. Hati lega. berbunga2. Alhamdulillah...selamat sudah semuanya. "Sekali lagi edit dan tunjuk kat saya dah boleh jilid ni, saya nampak kesungguhan itu, mesti awak tak tidur kan. 2 hari awak boleh buat macam ni". kata-kata itu membuatkan diri ini lega, tak tersangka-sangka Dr. boleh cakap macam tu. Walaupun Dr. sibuk. Walaupun 3 kali tajuk tesis bertukar, tapi bila dengar Dr. cakap macam tu..rasa nak pengsan pun ada, nak tergolek pun ada. Terima kasih Dr. saya tak sangka, sebab Dr. seorang yang teliti, ayat mesti sempurna dan yang penting perlu ke arah akademik. Memang semua itu satu cabaran dan dorongan untuk terus berusaha.



Hari Pink Sedunia

: )...tak perlu kata apa-apa..

:(....tak perlu kata apa-apa.....





sempat lagi posing kat depan blok...


Comel sangat diorang lukis kan...


Wah...meriahnye..like!!


Jemput la masuk kalau berani...


Mc Cik Pink & Mac Cik Purple...


Ekin dan Anita minah gambar




KA_MI

















Kami hidup bersama kenangan....
Setiap saat dan detik menghitung...
Arah dan tujuan sendiri...
Tapi kami tetap kami.....
Persahabatan, Pergaduhan....
Tangisan...Kepahitan....
Bersama-sama merasa....UPM


















Saat manis bersama kamu....
Tak mungkin aku lupa...
Kenangan kita akan terpahat di hati
.......Selamanya....