Bertolak dari Upm pukul 4 petang..sampai kat rumah pukul 3 pagi.. perjalanan aku dari Selangor ke Kelantan mengambil masa yang sangat lama. Aku pulang ke kampung dengan menaiki kereta kawanku..
Sepatutnya perjalanan kami akan mengambil masa antara dalam 6-7 jam je, tapi disebabkan kami banyak berhenti dan hujan yang sangat lebat menyebabkan perjalanan balik ke kampung mengambil masa sehingga 11 jam.. lama kan..
Kami berhenti solat dan berbuka puasa kat masjid Pahang...selepas tu, kami mulakan perjalanan...masa kat Pahang iaitu di kawasan Bukit Tujuh..perjalanan kami sangat mengerunkan kerana hujan lebat dan banyak lori balak yang berkeliaran di jalan raya.. Hanya lampu kereta yang dihadapan sahaja penunjuk jalan disebabkan hujan lebat dan kabus yang tebal..

Masa kami melalui selekoh tajam...kereta yang kami naiki meluncur dengan laju...Aku sangat takut, tapi kawan aku biasa saje, aku mengucap panjang dan badanku terketar-ketar..sangat mengerunkan pada masa itu..Aku marah kat kawan aku sebab buat macam tu...dia minta maaf sebab dia tak tahu kenapa dia jadi macam tu (macam tak sedar diri ).
Kalau nak tahu, selekoh itu yang paling bahaya dan banyak meragut nyawa...Geram aku rasa, bertarung dengan nyawa..dah la hujan..mestilah jalan licin...tapi nak buat macam mana, mungkin masa tu dia kena sesuatu..( takut )
Selepas kami keluar dari kawasan tersebut..kami rasa lega dan selamat. Alhamdulillah..aku selamat sampai kat rumah..walaupun badan sangat penat dan perjalanan yang memakan masa yang lama.. tapi aku bersyukur, kami semua selamat...
0 comments:
Post a Comment