Saturday, September 4, 2010

BERBUKA PUASA

First time berbuka puasa kat rumah pada bulan Ramadhan tahun ni..Banyak sangat makanan yang di masak oleh ibuku..maklumlah, anak dia baru balik kan..dia buatkan makanan kegemaran aku..iaitu " LAWA" atau kerabu ikan...tapi bukan semua orang Kelantan tahu pasal makanan ni..

Kalau yang tinggal di kawasan Bachok tu, mungkin akan tahu makanan tersebut.. Makanan ni tak de la rumit sangat untuk disediakan...tapi aku suka sebab dia banyak ulam-ulaman..Aku tak sentuh pun ayam masa berbuka tadi..aku hanya makan ikan, ulam dan tak sah kalau tak cicah dengan budu...hehe..ni barulah orang Kelantan asli..


TEriMa KAsih Ye Umi..


BALIK KAMPUNG

Bertolak dari Upm pukul 4 petang..sampai kat rumah pukul 3 pagi.. perjalanan aku dari Selangor ke Kelantan mengambil masa yang sangat lama. Aku pulang ke kampung dengan menaiki kereta kawanku..

Sepatutnya perjalanan kami akan mengambil masa antara dalam 6-7 jam je, tapi disebabkan kami banyak berhenti dan hujan yang sangat lebat menyebabkan perjalanan balik ke kampung mengambil masa sehingga 11 jam.. lama kan..

Kami berhenti solat dan berbuka puasa kat masjid Pahang...selepas tu, kami mulakan perjalanan...masa kat Pahang iaitu di kawasan Bukit Tujuh..perjalanan kami sangat mengerunkan kerana hujan lebat dan banyak lori balak yang berkeliaran di jalan raya.. Hanya lampu kereta yang dihadapan sahaja penunjuk jalan disebabkan hujan lebat dan kabus yang tebal..

Masa kami melalui selekoh tajam...kereta yang kami naiki meluncur dengan laju...Aku sangat takut, tapi kawan aku biasa saje, aku mengucap panjang dan badanku terketar-ketar..sangat mengerunkan pada masa itu..Aku marah kat kawan aku sebab buat macam tu...dia minta maaf sebab dia tak tahu kenapa dia jadi macam tu (macam tak sedar diri ).

Kalau nak tahu, selekoh itu yang paling bahaya dan banyak meragut nyawa...Geram aku rasa, bertarung dengan nyawa..dah la hujan..mestilah jalan licin...tapi nak buat macam mana, mungkin masa tu dia kena sesuatu..( takut )

Selepas kami keluar dari kawasan tersebut..kami rasa lega dan selamat. Alhamdulillah..aku selamat sampai kat rumah..walaupun badan sangat penat dan perjalanan yang memakan masa yang lama.. tapi aku bersyukur, kami semua selamat...



Wednesday, September 1, 2010

ADOBE PHOTOSHOP

Berjaya mengedit kad hari raya sendiri...sebelum ni aku tak penah buat dan tak reti nak buat..tapi tahun ni, disebabkan adanya kelas Kesusasteraan dalam Multimedia menyebabkan aku dapat belajar cara-cara menggunakan Adobe Photoshop....thanks kepada pensyarahnya.. (Dr. Normaliza )

Ini adalah hasilnya...











TEKA-TEKI dan JAWAPAN

Soalan 1
Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?
Jawapan: Usus

Soalan 2
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?
Jawapan: Rumah api

Soalan 3
Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?

Jawapan: Umur

Soalan 4
Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?
Jawapan: Jarum

Soalan 5
Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?
Jawapan: Buah melaka

Soalan 6
Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?

Jawapan: Daun terup

Soalan 7
Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..
Jawapan: Congkak


Soalan 8
Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?
Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak siap kerjanya

Soalan 9
Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?
Jawapan: Telinga

Soalan 10
Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?
Jawapan: Memancing

Soalan 11
Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?
Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada perempuan bernama Bakar..

Soalan 12
Pokok atas buah, buah atas pokok...
Jawapan: Buah nanas

Soalan 13
Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?
Jawapan: Pecah Rekod

Soalan 14
Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di makan?
Jawapan: Misai

Soalan 15
Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah hujan?
Jawapan: Bahrain

Soalan 16
Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama semakin ramai dan tidak berkurang?
Jawapan: Tanah perkuburan

Soalan 17
Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua tergamam..siapakah aku?
Jawapan: Kereta Kebal

Soalan 18
Benda apakah bila dah masak ia menjerit?
Jawapan: Cerek

Soalan 19
Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit perutnya?
Jawapan: Ubat gigi

Soalan 20
Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah laju?
Jawapan: Hingus

Soalan 21
Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi tetap sama, apakah bendanya?
Jawapan: Peti sejuk

Soalan 22
Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh selera...apakah itu?
Jawapan: Sudu dan garpu

Soalan 23
Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas?
Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar


Soalan 24
Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi?
Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan makanan

Soalan 25
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala?
Jawapan: Gajah

Soalan 26
Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat?
Jawapan: Sotong

Soalan 27
Binatang apa tanduknya terletak di mulut?
Jawapan: Nyamuk

Soalan 28
Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana?
Jawapan: Lebah

Soalan 29
Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah ia?
Jawapan: Mayat

Soalan 30
Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning disukai orang,apakah jawapannya?
Jawapan: Buah belimbing

Soalan 31
Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga..siapakah dia?
Jawapan: Jam loceng

Soalan 32
Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda tersebut?
Jawapan: Seluar

Soalan 33
Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalalah ia?
Jawapan: Kotak Mancis

Soalan 34
Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?
Jawapan: Kasut

Soalan 35
Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada bulan tertentu sahaja dia muncul?
Jawapan: Lemang