Sunday, October 31, 2010

RINDU




RINDU KAMU........





RUMAH PELIK

Mungkin korang dah pernah tengok rumah yang pelik-pelik ni kan..tapi kepada sesiapa yang belum tengok tu boleh la tengok gambar yang aku ambil kat Pak Cik google ni..

Macam-macam ada, ada yang bina kat atas pokok, bina terbalik, kat atas ais dan macam-macam lagi..Tapi aku tak tahu la semua ni benar-benar wujud atau rekaan semata-mata..

Aku rasa ada juga yang betul..contohnya rumah terbalik tu..bagi aku rumah macam ni sangat unik dan memang hebat la sesiapa yang buat rumah macam ni, lain dari yang lain kan...

Kalau la aku dapat buat rumah macam ni..mesti rumah aku jadi femes kan... (popular). Silalah layan gambar-gambar kat bawah ni:























BORING...

BORINGNYER.....semua orang dah balik kampung, tinggal berapa ketul je kat blok ni..he.. Cik Ana, Ety pun dah lama angkat kaki...bestnye diorang..adakah diorang ni tengah merindui aku..kah3..ayat tak boleh blah.. he...

Cepat-cepat la balik UPM, sunyi ler tak de gelak tawa korang ni..nak pergi toilet pun seram..al maklumlah bilik aku ni kan hujung sekali...jangan buat-buat lupa nak balik sudah la bila dah syok2 dekat kampung tu..ingat exam dah nak dekat ni..

Tapi mesti korang tengah study kan..bagus la kawan-kawan aku, balik pun tak lupakan pelajaran...kira datang UPM je, terus pergi exam ni..he..Walauapapun yang korang lakukan...semoga happy2 selalu bersama dengan family tersayang..dapat makan sedap-sedap la tu... :))


Friday, October 29, 2010

SESUAI TAK?

Pagi semua, SESUAI tak dengan yang ni...signature sama tapi tukar warna je..nak samakan dengan layout baru ni..harap-harap sesuai la..jenis tulisan macam ni je yang aku nampak cantik..


TAK DE KERJA



Tukar Signature..tapi nampak macam tak berapa cantik..tak pe la, nak cuba buat yang lain pulak.


Wednesday, October 27, 2010

MAYA

Tajuk di atas telah diberikan oleh pensyarahku kepada semua pelajar dalam kelas Kelas Sastera dalam Multimedia (BBK 3408). Semua pelajar di wajibkan untuk menceritakan pengalaman suka-duka mereka semasa belajar dalam kelas tersebut.

Bagi aku sendiri..pengalaman yang diperoleh dalam kelas tersebut amatlah banyak walaupun aku belajar dengan Dr. Normaliza dalam masa yang singkat. Walau sesingkat manapun masa bersamanya, tapi aku rasa ianya cukup berharga kerana aku dapat mempelajari pelbagai ilmu yang selama ini tidak aku ketahui.

Antaranya adalah aku dapat mempelajari bagaimana untuk membuat kalendar sendiri, cara-cara mengedit gambar dengan adobe photoshop, buat blog, movie maker dan sebagainya. Segala pengalaman tersebut sukar untuk di cari kerana kami di ajarkan bagaimana untuk menjadi seorang yang berdisiplin, bertanggungjawap dan tekun belajar.

Sebagai contohnya pengalaman yang pernah aku lalui semasa Dr. Normaliza meminta kami untuk membalas pantun kawan-kawan. Apabila aku sendiri sanggup bersengkang mata di depan laptop semata-mata untuk membalas pantun tersebut. Betapa tekunnya kami semua membalas pantun-pantun tersebut sehingga terlupa untuk makan dan minum.

Selepas itu, Dr. telah komen di facebook Siti Fatihah dan memberi kami semua sedikit masa lagi untuk menyiapkan kerja tersebut. Ini menunjukkan bahawa walaupun Dr. seorang yang tegas tetapi beliau tetap sayangkan semua pelajar-pelajarnya. Sekarang ni, Dr. sedang berada di luar negara dan kami semua merindui gelagat dan ketegasan Dr...

Sejujurnya, sebelum aku mempelajari Sastera dalam Multimedia, aku tidak pernah tahu bagaimana untuk membuat blog, edit gambar menggunakan Adobe Photoshop. Tapi sekarang ini, aku rasa semua gambar aku nak edit... Inilah di katakan penangan semasa mengikuti kelas tersebut.

Kepada DR. Normaliza yang comel, kami semua amat menghargai pengorbanan Dr. selama ini..sekiranya ada salah dan silap semasa dalam proses pembelajaran yang berlangsung..harap Dr. maafkan....


Tuesday, October 26, 2010

TEKNIK FOTOGRAFI

Kami di ajarkan bagaimana caranya untuk mengambil gambar dengan betul dan boleh memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya. Dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, Dr. Normahdiah ada menyatakan bahawa terdapat pelbagai teknik pengambilan gambar yang boleh membawa impak dinamik kepada penghasilannya yang mana dapat digunakan dalam persembahan multimedia.

Kami diperkenalkan dengan enam jenis teknik antaranya adalah teknik potret, teknik panoramik, tekstur, kesan bebayang (silhouette), bingkai dan perspektif. Seterusnya, selepas pembelajaran tersebut Dr. Normahdiah meminta supaya pelajar mengambil gambar dengan merujuk kepada teknik-teknik tersebut.

Setelah itu, gambar-gambar yang terbaik akan dipamerkan dalam pameran. Semasa pameran berlangsung, gambar yang aku ambil telah berjaya untuk dipamerkan iaitu Dr. telah memilih 2 daripada gambar yang telah aku hantar (bingkai dan dari atas ke bawah).

Gambar-gambar tersebut semuanya aku ambil dekat kawasan putrajaya pada sebelah pagi kecuali gambar potret dan tekstur. Gambarnya ada kat dibawah ni ye..budak-budak baru belajar macam ni lah hasilnya..



Potret


Tekstur


Perspektif


Pandangan arah mata


Dari atas ke bawah


Bingkai




2 PETANG

Kuliah Keterampilan berbahasa, sekejap lagi aku akan on the way ke kuliah tersebut yang bermula pada pukul 2-4 petang. Pada hari ini akan diadakan pembentangan teks ucapan daripada kawan-kawanku...harap-harap kamu semua akan bentang dengan jayanya dan dapat mengawal perasaan gugup.

Selepas tu, akan bersambung dengan kuliah Sastera dalam Multimedia. Kuliah Sastera dalam Multimedia yang di ajar oleh Dr. Normaliza akan diganti oleh Dr. Arba'ie pada hari ini.. Jom kawan-kawan kita bersiap ke kuliah..

ROOMATE SAYA

Sejak semalam lagi roomateku ni duk mengidam mahu makan KFC..KFC.. sampai termimpi-mimpi.. Tapi mengidam mahu makan Cheezy Wedges je..ish3..sape la punya roomate ni kan...haha..kan dah tertulis kat atas.. roomate saya la...

Jadi keluar tadi terus la pergi beli untuk dia.. Masa tu dia keluar jadi dia tak tahu la... Bila balik je dah ada kat atas meja dia..punya la melebar senyuman dia tu..kalau ada jejaka yang tengok confirm cair..hehe






Jadi kepada Cik Suliha yang busyuk...silalah habiskan ye..hehe..


CHAR KUE TEOW

Menu makan malamku pada hari ini adalah Char Kew Teow.. sedap jugak..lepas En.B balik dari kerja terus dia datang sini.. pagi tadi dia ada tanya samada aku nak makan malam atau tak tapi aku dengan bersungguh-sunguh menyatakan tak nak makan malam sebab dah lewat sangat..tapi apakan dayaku..perutku menjerit-jerit minta di isi..

Dengan malu-malu aku mesej kat dia yang aku lapar..he..tadi punya la bersemangat cakap tak nak makan, siap bungkus lagi untuk makan petang...Sebab tu la badanku ni makin lama makin mengembang.. tapi tetap comel kan.. ( angkat bakul sendiri.. perasan! ) Jadi, dengan kelam kabutnya aku bersiap-siap dan keluar makan kat kedai Maulana je...





Sepatutnya banyak kuah lagi..



Monday, October 25, 2010

HUJAN

Hujan yang turun
bagaikan mutiara
Berkilau bersinar
berkerdipan
Subur menghijau
bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
dan hujan turut mengiringi
Engkau..pergi....


Bila time hujan macam ni teringat pulak kat lagu arwah Sudirman...Pasti semua orang mengenali siapa itu Sudirman kan..jom kita lihat serba sedikit pasal latar belakang beliau..

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim Temerloh Pahang. Merupakan anak kepada pasangan Arshad bin Hassan dan Romlah binti Dahalan.

Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan pernah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang yang pertama memenangi tersebut di London pada tahun 1989.

Beliau telah diberikan jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau juga merupakan penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang ( buku kanak-kanak ), pelukis kartun dan sebagainya. Sebanyak 168 buah lagu yang telah dihasilkan oleh beliau.

Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang seni terhenti pada usia muda iaitu ketika berusia 37 tahun. Beliau menghidap penyakit radang paru-paru dan jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh.

Antara pencapaian yang diperoleh:
  • Penghibur Terbaik 1977 menerusi "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
  • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
  • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989






PAGI

Mulakan pagi ni dengan semangat baru..semangat ingin ke kuliah..he, mana ada kuliah hari ni..saje je nak buat gempak..padahal tak de la gempak sangat pun.. Walaupun tido lambat semalam tapi aku berjaya bangun seawal yang mungkin.. dapat la breakfeast bersama En.B tersayang..

Minggu ni dia kerja petang, jadi baliknya malam la.. kalau tak sarapan bersama kira tak dapat jumpa la..padahal hari-hari mesti kena jumpa..tak jemu ke jumpa hari-hari? bagi aku, kalau tak jumpa mesti jadi rindu..Auuw..jiwang karat la minah ni..haha..
Perhubungan kami sudah hampir mencecah ke angka 6 tahun..harap-harap sampai ke akhir hayat..Amin.. kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti pelajaran di sekolah menengah lagi..

Walaupun hubungan kami hampir 6 tahun tapi rasa macam baru lagi..perkataan jemu tidak pernah terukir dibibirnya..walaupun aku seringkali bertanya..B tak jemu ke dengan hubungan kita..kan dah lama...
Jawapan yang selalu aku dengar adalah... tak..kenapa, kin dah jemu ke? Eh, aku yang tanya, aku lak yang kena tanya..he.. Alhamdulillah, aku sangat bertuah kerana memilikinya, Thanx b.. sanggup bersabar dengan karenah aku ni..

Susah sebenarnya untuk kita memiliki seseorang yang benar-benar menyanyangi kita.. yang sanggup susah senang dengan kita..yang sanggup berkorban demi kita.. Sanggup berlapar asalkan kita kenyang, sanggup berhujan asalkan kita tak basah..

Walaupun hubungan kita dulu banyak halangan, tapi kita berjaya menghadapinya.. kita berjaya mencapai kejayaan bersama......kita berjaya tunjukkan kepada ibu bapa bahawa kita mampu merealisasikan impian mereka... Kalau tanpa halangan dan dugaan itu, aku mungkin tidak akan tersenarai di Universiti ini..







KEDEGILAN MATA

Suka-suka hati aku je kan cakap kedegilan mata..ada ke ayat macam tu, mana ada kan... Dah pukul berapa dah ni, kenapa mataku ni masih segar bugar lagi..

Nak kata aku minum secawan nescafe, 3 cawan nescafe....seingat aku, harini aku tak de pulak minum..ish3..ke dia nak aku study ni..

Betul3, dia mahu aku ulangkaji pelajaran yang lepas-lepas.. ingat balik apa yang diajar..jangan jadikan otak kita beku, cairkan dia..rebus dia..panaskan dia..eh, macam pelik je bunyinya..

Membuatkan aku jadi loya pulak.. terfikirkan otak tu betul2 kena rebus.. apalah aku ni.. tapi semua tu adalah kiasan sahaja.. fikirkan disebalik kata-kata itu..

Wahai kawan-kawanku semua.. bangun2.. sekarang ni masa yang sesuai untuk kita study.. dengan suasana yang sunyi sepi macam ni.. I like... senang semua benda nak masuk..

Tak akan disekat oleh apa-apa halangan bunyi-bunyian samada gitar, dram, seruling atau sebagainya..Tapi kalau aku kejutkan mereka ni, adakah aku akan dihempuk dengan bantal..haha..


KULIAH

Tinggal seminggu sahaja lagi kuliah pada semester ini.. Mahu balik kampung? Oh tidak..kamu tidak dapat balik kampung walaupun kuliah kamu tinggal satu minggu sahaja lagi. Ini adalah ayat untuk diriku yang sememangnya akan beraya haji dekat sini...huhu...

Perlu mengulangkaji pelajaran untuk
Exam yang bakal menjelang tidak lama lagi... Kalau dah balik ke kampung, semestinya buku tersimpan kemas di sebalik beg pakaian. Lagipun cuti Raya Haji terlalu dekat dengan jadual exam..maka keputusanku adalah berkampung di UPM saje..

Ini adalah pengorbanan seorang mahasiswa, seorang anak, seorang cucu dan seorang diri...Buat umi, abah dan adik-adik, ku pohon seribu kemaafan kerana tidak dapat beraya bersama-sama dengan kalian, tahun ini adalah first time aku tak dapat beraya bersama family...

Walaupun sedih, tapi demi harapan yang telah kamu sandarkan padaku akan aku pikul dengan sebaik-baikya sehingga diriku berjaya menggengam segulung ijazah..

Ini merupakan sebuah hadiah yang termampu anakmu berikan walaupun ianya tidaklah setanding dengan segala pengorbanan yang telah dicurahkan .. I love u...and misss u.. Jangan sedih-sedih tau...


FINISHING SCHOOL

Hari Pertama...Aku ditempatkan dalam kumpulan 10 bersama-sama dengan kawan-kawan aku antaranya Cik Anita, Cik Azie, Cik Ekin ( nak masuk jugak...) dan kawan-kawan aku yang lain..Mula-mula masuk, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang comel-comel namanya.. Contohnya kumpulan Monkey, Buffalo, Cat dan sebagainya.

Aku pula termasuk dalam kumpulan Tiger... Sebagai permulaan, setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang apa yang perlu dilakukan dengan kertas yang diberikan. Selepas itu, kami disuruh untuk mencipta binatang-binatang yang telah diberikan bagi setiap kumpulan..

Jadi, dengan hanya menggunakan kertas dan alat-tulis maka kami semua bertungkus-lumus untuk menyiapkan ciptaan masing-masing.. Apabila sudah siap, bermacam-macam bentuk yang terjadi, dan semua itu menimbulkan kelucuan dan gelak ketawa dengan hasil ciptaan masing-masing.. Contohnya apabila mencipta harimau tapi nampak seakan-akan kucing..he..

Pada sesi pertama dan kedua aku rasa bertenaga lagi, tapi bila dah masuk sesi yang ketiga..mulalah mengantuk...penat..dan macam-macam lagi..Tapi aku lalui dengan sebaik yang mungkin walaupun mindaku sudah melayang-layang mahu pulang.. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku lalui semasa ber
finishing School dan dapat mengenali ramai kawan baru dari pelbagai kaum antaranya Cina dan India.. Aku sangat bernasib baik kerana pensyarahnya juga baik.

Pada hari yang kedua pula kami diajarkan cara-cara untuk membuat resume, surat memohon pekerjaan, bagaimana nak memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita dan sebagainya..Pada hari yang kedua ni ataupun hari yang terakhir, kami tidak banyak kerja dalam kumpulan dan lebih kepada kerja individu.. kelas ini di akhiri dengan slot interview...


Sunday, October 24, 2010

HASIL KERJA TANGAN AKU

Aku gembira sangat bila dapat belajar dalam kelas ni sebab walaupun aku ni budak sastera tapi sekurang-kurangnya ada juga bidang lain yang mampu aku lakukan/terokai untuk menempuh alam pekerjaan nanti. Sekarang ni kan zaman dunia yang tanpa sempadan.. kena la majukan diri dan terus maju..

Aku mengaku bahawa aku ni bukanlah pandai sangat, tapi bila dah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah dan tutor, maka dapat juga aku siapkan kalendar ini dengan tangan aku sendiri..

Walaubagaimanapun, aku rasa kalendar yang aku buat ni biasa saje dan tak dapat menandingi hasil kalendar yang orang dah profesional..tapi aku bersyukur sangat-sangat bila dah siap ni, walaupun sangat simple... Tapi di lain masa, aku harap dapat memperbaiki kelemahan yang ada.. Inilah hasilnya...